berita

‘Bagus Awak Nyanyi, Ini Yang Saya Cari’ – Confident Tinggi Tapi Suara ‘Kelaut’, Dato’ Awie Tetap Puji Tau!

June 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Program hiburan terbaru, Sumbang Suara yang sudah bersiaran selama tiga episod di TV3 ini sangat menghiburkan para penonton dengan nyanyian mereka yang sumbang dan juga mendapat perhatian ramai sejak ia mula ditayangkan pada 30 Mei lalu.

Arikel berkaitan : Tak Sedap Tak Apa Janji ‘Confident’, Sumbang Suara Bakal Ceriakan Malam Minggu Anda Bermula 30 Mei

Episod kali ini agak berbeza kerana hanya terdapat satu ‘bunga’ sahaja yang menyerikan program ini dan empat lagi penyumbang suara merupakan peserta lelaki.

Mentang-mentang cantik terus puji melambung

Paling mencuri tumpuan adalah peserta ‘bunga’ yang dikenali sebagai Elfrienna. Apabila dia membuka mulut untuk menyanyikan lagu Semalam oleh Aina Abdul memang confident sehingga semua juri ‘terkejut’ dengan nyanyian dia yang betul-betul sumbang.

Para juri kelihatan terkedu seperti tidak tahu nak komen apa tapi apabila melihat reaksi wajah mereka kita boleh tahu bahawa mereka sangat terhibur dengan nyanyian cukup ‘merdu’ Elfrienna.

Confident dia tinggi tapi kalau saya pergi karaoke dengan dia, saya puji. Bagusnya awak menyanyi! Ini yang saya cari. Sepanjang 36 tahun, aku tak pernah jumpa penyanyi yang cantik dan bagus macam ni. Semalam campur gundah jadi sudahlah!

Kreatif gabung dua lagu jadi satu!

Dalam pada itu, Elly Mazlein turut memuji peserta wanita berkenaan kerana kreatif menggabungkan dua lagu dan tak dinafikan usahanya untuk membuat medley memang terbaik lah. Pada episod kali ini, Elfrienna dipilih sebagai pemenang disebabkan gaya persembahannya yang lain dari yang lain, siap buat ekspresi muka lagi tu! Power lah!

Haa jadi kalau korang nak tengok lagi telatah perserta yang lain pada minggu hadapan, boleh tengok pada setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di TV3 dan live strim di www.tonton.my.

 Video penuh:

Sumber : TV3MALAYSIA Official

SKIP THIS AD ×