Di Synergy Square Sarawak, mayat seorang wanita warga Kanada ditemui dalam keadaan busuk di dalam sebuah rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, penemuan mayat warga emas itu dilaporkan oleh seorang wanita tempatan selepas terhidu bau kurang menyenangkan di tingkat bawah kediaman sewanya kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Timbunan kotak tisu

Berikutan daripada itu, pihak polis telah tiba ke lokasi dan mengumpil pintu hadapan rumah wanita terbabit dengan besi kerana berkunci dari dalam.

Sebaik saja pintu hadapan rumah berjaya dibuka, terdapat timbunan kotak tisu dalam rumah berkenaan. Mayat simati dijumpai terbaring terlentang di tepi timbunan kotak tisu yang berselerak. Keadaan simati ketika dijumpai berulat dan bahagian muka dalam keadaan tidak sempurna.