berita

Bahana Cemburu Buta, Tikam Suami Lepas Nampak Gambar ‘Wanita Lain’ Dalam Telefon, Rupanya Gambar Sendiri!

January 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara ‘cemburu buta’, seorang wanita dikatakan tergamak menikam suaminya beberapa kali. Insiden ngeri itu dipercayai berlaku kerana si isteri menyangka suaminya itu telah berlaku curang.

Ingatkan suami curang, rupanya…

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Daily Star, wanita yang berasal dari Mexico ini dikatakan bertindak sedemikian selepas melihat beberapa foto mangsa (suami) bersama seorang ‘perempuan lain’ di dalam telefon bimbit suaminya itu.

Tanpa berfikir panjang dan berang kononnya si suami berlaku curang, wanita yang dikenali dengan nama Leonora N itu terus bertindak agresif dengan menikam suami, Juan N beberapa kali sebelum mangsa sempat merampas pisau tersebut dari genggaman isterinya.

Rupa-rupanya gambar sendiri

Mangsa kemudian menjelaskan perkara sebenar bahawa gambar tersebut bukanlah gambar ‘wanita lain’ seperti yang disangkakan oleh isterinya sebaliknya itu adalah gambar mereka berdua pada suatu ketika dahulu di mana kedua-duanya masih muda dan kurus. Mangsa juga telah meyakinkan isterinya bahawa dia telah digitalkan kesemua gambar isterinya itu untuk disimpan dalam telefon miliknya.

Sementara itu, wanita terbabit telah ditahan selepas pihak polis tiba susulan laporan yang dibuat oleh jiran tetangga yang terdengar bunyi bising di rumah pasangan terbabit.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×