berita

Bahang Anugerah Skrin 2019 Makin Terasa, Jangan Lupa Tonton Di TV3 Malam Esok!

October 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Kehangatan malam gilang-gemilang Anugerah Skrin (ASK) 2019 makin dirasai. Berbaki sehari sahaja lagi untuk ditayangkan, anugerah ini pastinya akan membuatkan para penonton dan penggiat seni tanah air berdebar dan ternanti-nanti siapakah para pemenangnya nanti .

Sebelum ditayangkan secara langsung esok, jom kita tengok dulu apakah yang menariknya ASK pada kali ini!

Konsep tanpa pengacara

https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/402345673793712/?t=1

Untuk ASK2019, acara ini masih mengekalkan konsep tanpa pengacara seperti tahun lalu. Bagaimanapun, peminat tidak perlu gusar kerana ia pastinya akan digantikan dengan beberapa pasangan selebriti popular yang lain bagi menyerikan acara tersebut.

Antara selebriti yang bakal membuat penampilan adalah Elly Mazlein bersama Shuk Sahar, Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Buka ruang kepada penyiar lain

Apa yang menariknya kali ini, ASK2019 yang diketahui bernaung di bawah Media Prima Berhad kini turut membuka ruang kepada beberapa stesen penyiaran televisyen lain seperti  RTM, Astro Shaw dan Bernama untuk menyertai acara berprestij itu.

Untuk makluman juga, pada malam esok sebanyak 23 kategori bakal dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori yang lain telah disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober lalu.

Persembahan artis

Seperti seperti tahun-tahun sebelumnya, ASK kali ini juga bakal menampilkan beberapa orang artis popular bagi membuat persembahan selingan.

Antaranya adalah Dato Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Erni Zakrie, Hael Hussaini dan Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat dan Santesh serta ramai lagi artis tanah air.

Selain persembahan nyanyian, terdapat juga pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee

Jadi jangan lupa temu janji korang malam esok tepat jam 9 malam di TV3. Yang pastinya ia akan bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebelum itu, jangan lupa juga saksikan acara Karpet Merah ASK 2019 yang akan dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira. Ia akan bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam esok ok!

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×