berita

Bahang Penentuan AJL 34 Makin Terasa, Finalis Kongsi Persediaan Akhir Sebelum Malam Kemuncak Esok

February 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) semakin terasa apabila satu karya bakal diangkat dan dinobatkan sebagai Juara Lagu pada esok malam. Bertemakan ‘Warna-Warna Suara’ anugerah berprestij ini bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Menampilkan gandingan hebat Sherry Al Hadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni sebagai pengacara, pasti korang tidak sabar menyaksikan anugerah tersebut.

Kami daripada team OhBulan! ingin berkongsi persediaan akhir beberapa orang finalis buat tatapan korang semua. Agak-agak kejutan dan kelainan apakah yang bakal finalis lakukan?

Petikan gitar dari saya

https://www.instagram.com/p/B8RAWOCneiz/

Menerusi Instagram Haqeim Rusli, penyanyi lagu Lembah Kesepian ini seakan memberi bayangan bahawa dia akan bermain gitar bersama Leo sewaktu malam kemuncak AJL34 nanti. Adakah video yang dikongsikan Haqiem itu merupakan konsep persembahannya untuk esok? Nantikan!

Ku Bersuara 1st draft!

https://www.instagram.com/p/B8RCbnapvCr/

Selain daripada Aina Abdul, Ernie Zakri juga merupakan salah satu finalis wanita yang akan bertanding pada malam kemuncak AJL34 kali ini. Mempertaruhkan lagu Ku Bersuara ciptaan Syamel dan komposernya Mr Omar, John dan Ikhwan, Ernie berkongsi detik menerima lagu tersebut. Menurut Ernie, sewaktu Syamel memberi draft yang pertama, bunyi lagu tersebut seakan mempunyai bunyi yang berlainan. Namun, hasil kerjasama dengan 3 orang komposer, dia tidak sangka lagu tersebut berjaya dihasilkan malah bakal mewarnai pentas kemuncak AJL.

Sumpah feat Nama?

https://www.instagram.com/p/B8L5zBZFLNf/

Buat pertama kali menjejakkan kaki ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, penyanyi Naim Daniel sebelum ini pernah memberitahu pasti ada kelainan yang bakal ditunjukkan olehnya ketika membawa lagu Sumpah itu nanti. Tambahnya, pentas AJL merupakan pentas yang berskala besar dan dia bakal melakukan yang terbaik. Naim turut memuat naik video kumpulan Nama menyanyikan lagu Sumpah di Instagramnya. Adakah itu petanda Naim akan bergandingan dengan kumpulan tersebut?

Terima kasih Tok Ti!

https://www.instagram.com/p/B8Sy6TdJ2nW/

Sejak separuh akhir muzik-muzik lagi, netizen ternanti-nanti siapakah yang bakal menggantikan Dato Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu Anta Permana ciptaan Heal Husaini dan Ezra Kong itu. Ternyata, penyanyi Bob Yusof merupakan insan yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab membawa lagu berkenaan. Kelunakan suara dan vokal yang mantap membuatkan Bob berjaya membawa lagu tersebut ke pentas akhir AJL34. Ucapan dan sokongan turut diberikan oleh Tok Ti buat Bob sempena persiapan terakhir sebelum melakukan persembahan esok.

Bangun dan Drama

https://www.instagram.com/p/B8RD4DJHkf_/?igshid=1xy1p1xxp6kor

https://www.instagram.com/p/B8RAzQIFkjs/

Menerusi Instagram Aman RA dan Aepul Roza pula, kedua-dua penyanyi ini memuat naik foto mereka ketika berada di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena sesi raptai. Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Bin Jamaluddin akan mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Bangun. Manakala, Aepul dan ahli kumpulannya iaitu Drama Band akan mempertaruhkan lagu Drama.

Buat korang yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, korang boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman Tonton. Jangan lupa gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×