berita

“Baik Buruk Dia Tetap Adik Saya” – Alyah Respon Kes Adik Menyamun

May 16th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Berita adik lelaki penyanyi Alyah, Mohd Faizal Abu Hassan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura minggu lalu memberikan satu kesan yang amat mendalam kepada keluarganya.

Dalam satu kenyataan Alyah di Facebook malam tadi, beliau menyatakan situasi menyayatkan hati dimana ibunya menangis dan jatuh kerana sakit menerima berita musibah bertepatan dengan sambutan Hari Ibu, Ahad lepas.

Bagaimana pun, berita buruk tersebut tetap disambut dengan penuh keredhaan oleh Alyah serta seluruh keluarganya.

“Buruk atau baik, busuk atau wangi dia tetap adik saya. Saya harap pihak yang berkenaan dapat menjalankan tugas dengan sebenar-benarnya. Duit boleh buat apa sahaja di dunia ini, boleh menuduh, boleh mengaibkan, boleh menjatuhkan. Tapi hanya di dunia.”

Tambahnya lagi, “Saya redha apa pun dugaan dari Allah swt. Saya bekerja keras buat mak dan family. Saya cuma ada mak. dia segala-galanya dalam hidup saya. Selamat Hari Ibu… mak. Semoga kita dapat lalui semua ini dengan hati yang terbuka. Insyaallah.”

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebatan. Hakim menetapkan tarikh 29 – 31 Mei sebagai tarikh membela diri.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.