berita

Baim Wong Jadi Mangsa ‘Scammer’, Minta Orang Ramai Lebih Berhati-Hati

November 5th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon terkenal kelahiran Indonesia, Baim Wong menjadi mangsa ‘scammer’ melalui aplikasi Whatsapp.

Artikel Berkaitan: Isteri Masih Di Wad Sebab Keguguran, Baim Wong Tetap Datang ‘Wedding’ Janna Nick

Artikel Berkaitan: Dah Naik Kapal Terbang Tapi Terpaksa Turun, Baim Wong Tak Jadi Tunai Haji

Penghantar barang

Menerusi laporan Tribun News, Baim Wong atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim pada mulanya menerima mesej daripada nombor yang mendakwa sebagai kurier penghantaran.

Baru-baru ini saya sebenarnya mengalami musibah, Ahad lalu saya menerima WhatsApp daripada nombor yang saya tidak kenali dan penghantar itu mendakwa sebagai kurier penghantaran.

Menurut Baim, dia tidak merasa curiga kerana dia juga sering membeli barangan secara dalam talian. Namun, apabila dia membuka pautan yang diberikan, terdapat sedikit masalah dan ketika itu ada kerja yang perlu dilakukannya, jadi dia memilih untuk tidak mengendahkannya.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari, Baim menyatakan terdapat pemberitahuan pemindahan wang daripada akaunnya ke akaun yang tidak dikenalinya.

Apabila melihat perkara tersebut, pelakon drama ‘Bukan Cinta Aku’ itu segera menghubungi pihak bank untuk menyekat akaunnya.

Selepas beberapa hari berlalu, semalam saya dikejutkan dengan pemberitahuan pemindahan bank yang saya terima. Sesetengah wang telah dipindahkan dari salah satu akaun saya ke akaun lain yang saya tidak kenali.”

Dari situ, saya segera menghubungi pihak bank dan memutuskan untuk menyekat akaun saya.

Minta orang ramai berhati-hati

Selepas mengalami kejadian tersebut, pelakon berusia 42 tahun itu berpesan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana dia tidak mahu perkara yang terjadi padanya itu menimpa orang lain.

Tambah Baim, dia telah berunding dengan Unit Siasatan Jenayah Polis Negara berhubung kejadian yang menimpanya.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu juga mengesahkan bahawa pada masa ini terdapat banyak penipuan melalui aplikasi WhatsApp.

Sementara itu,  dia turut meminta orang ramai agar berhati-hati jika menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali menggunakan kaedah tertentu.

Jadi sila berhati-hati, terutamanya menghantar mesej melalui WhatsApp. Sama ada mesej kod OTP rahsia, mesej promo, pemberitahuan dan menghantar kod kata laluan dan sebagainya, berhati-hatilah.

Ramai pihak tidak bertanggungjawab menggunakan WhatsApp untuk melakukan penggodaman dan penipuan yang mengakibatkan kerugian.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×