berita

Kami Terokai Vinpearl Land, ‘Disneyland’ Versi Vietnam Yang Serius Best!

November 9th, 2018 | by Shafika
Travelogue

Negara Vietnam sememangnya merupakan negara sering dikunjungi pelancong saban tahun lebih-lebih lagi di daerah Hon Chi Minh. Ramai sebenarnya tidak tahu selain dari tempat membeli belah, negara Vietnam juga mempunyai bandar lain yang agak menarik. Antaranya sempat dikunjungi oleh kami sendiri iaitu daerah Nha Trang, Vietnam.

Buat pengetahuan semua, bandar ini kecil dan dikelilingi pulau. Namun, siapa sangka disebalik bandar kecil ini, terdapat satu taman tema yang memang agak menarik. Yang penting murah dan berbaloi.

Lapangan terbang baru

Sejujurnya trip kali ini tidak dirancang dari awal, kami memilih Nha Trang sebagai lokasi percutian kami kerana negeri itu mempunyai pantai yang tenang dan taman tema yang menarik. Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Can Ranh International Airport (Nha Trang) menaiki kapal terbang Air Asia mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di sana, kami tidak menyangka lapangan terbang Nha Trang itu baru dibuka 2-3 bulan berdasarkan info diterima oleh orang disitu.

Kami terus bergegas ke Lapangan Terbang lama hanya 5 minit berjalan kaki untuk mengambil mini bas ke bandar Nha Trang. Berdasarkan pemerhatian kami, lapangan terbang ini agak sunyi dan tenang. Harga mini bus hanya 50,000 Vnd lebih kurang Rm8. Sepanjang perjalanan ke hotel, pemandangan tepi laut sangat memukau hati.

Pantai Nha Trang memukau

Setibanya di hotel, kami berehat seketika sementara menunggu seorang lagi rakan dari Dalat, Vietnam. Hotel kami menginap hanya 5 minit berjalan kaki ke pantai, memang agak mudah dan senang. Pantainya cukup tenang dan mendamaikan, seolah-olah anda berada di Mexico. Pantai dalam bandar ini sangat mendamaikan dan sesuai untuk anda yang perlukan ketenangan.

Malam yang happening

Pada waktu malam kami ke Pyramid Mall yang dikatakan terkenal dengan barangan murah. Niat hati mahu membeli souvenier yang dikatakan murah tapi rupanya hampa. Mall bawah taman ini agak unik dan tersorok, tapi barangan dijual agak sikit dan tiada pilihan. Underground la kiranya. Suasana malam di kaki lima itu agak menarik dengan keunikan penduduk tempatan menjual hidupan laut dan pelbagai jenis buah. Di sini, makanan halal agak sukar dicari melainkan ada yang berani makan seafood bakar tanpa sos.

Kami menyusuri jalan malam ini sehingga terjumpa satu Restoran Halal, Omar Restaurant. Kerana terlalu lapar, kami berhenti untuk menikmati makan malam kami di situ. Boleh tahan rasanya. Harga agak mahal tapi berbaloi. Puas hati dan kenyang sangat. Kami meneruskan perjalanan kami ke Night Market yang agak hambar. Di pertengahan jalan, kami terjumpa lagi satu Restoran Fast Food yang halal. Masing-masing sudah merancang untuk makan disitu keesokkan harinya memandangkan masing-masing sudah kenyang.

  • Tikel Kapal Terbang Pergi Balik = RM 200
  • Mini Bas 50,000 VND = Rm8
  • Seaway Hotel/setiap seorang =  RM95
  • Grab car ke Pyramid Mall : 25,000 VND /setiap seorang = RM2
  • Makan Briyani Lamb dengan jus tembikai 190,000 VND lebih kurang RM38

Jumlah hari pertama : RM343

Vinpearl Land

Kami bergerak awal pada hari kedua untuk elakkan beratur lebih panjang. Sampai disana kami terus ke kaunter tiket untuk menebus voucher yang sudah dibeli di Klook. Buat pengetahuan semua, kami perlu menaiki Cable Car untuk masuk ke taman ini. Menurut info diterima, Cable Car ini merupakan terpanjang dunia merentasi laut. Kami agak teruja untuk menerokai taman tema ini memandangkan ianya jarang dikunjungi orang ramai. Agak tenang dan selesa.

Alphine Coaster

Turun dari Cable Car, kami terus menuju ke permainan Alphine Coaster yang dikatakan paling menarik di dalam ini. Sejujurnya ini adalah permainan yang paling seronok pernah kami naiki sepanjang hidup. Sambil menikmati pemandangan, kami juga berpeluang mengawal sendiri Alphine Coaster ini. Fuh memang syok habis!

Macam disneyland

Buat anda yang pengemar kisah dongeng ala-ala prince princess, anda juga boleh mengabadikan foto kenangan disini tanpa perlu berebut dengan orang ramai. Walaupun tiada patung Disney, tapi ianya berbaloi untuk dipotretkan. Bangunan yang direka sangat cantik dan setanding dengan taman tema terkenal, Disneyland. Tempat sini agak luas, anda juga boleh melihat beberapa jadual aktiviti untuk melihat wayang 3d atau persembahan lain-lain.

Mini Zoo

Berada disini seolah-olah anda berada di negara barat dengan dilengkapi mini zoo yang menarik serta Ferris Wheel yang agak besar. Selain itu, disini juga ada taman tema air yang agak menarik. Jangan lupa bawa baju lebih untuk permainan air. Serius memang berbaloi. Kami tidak sempat pergi memandangkan kesuntukan masa.

Ada taman bunga

Selain tempat permainan, terdapat juga taman bunga yang dijaga rapi oleh pekerja Vinpearl. Kami dilayan dengan baik sepanjang berjalan di dalam ini. Jangan risau jika sesat, anda boleh merujuk peta yang disediakan. Kalau mahu diceritakan secara terperinci, memang agak banyak tempat menarik yang mahu dikongsi. Bukan sahaja tempatnya agak besar, tapi kemudahan yang disediakan sangat baik. Walaupun tandas tiada air, tapi cukup bersih dan wangi. Anda juga boleh melihat kehidupan bawah laut di kawasan ‘Underwater World’. Bayangkan ada spesies ikan yang jarang dijumpa turut ada disini. Kami sempat melihat persembahan duyung di sini.

Malam yang cantik

Pada malamnya, kami melihat persembahan air pancut berirama. Sementara menunggu waktu operasi ditutup jam 8.30 malam. Kami sempat ke kawasan permainan kanak-kanak dan sempat menikmati permainan interaktif disitu. Ternyata Vinpearl Land ini merupakan sebuah taman tema yang setanding dengan taman tema terkenal yang lain. Berada disini membuatkan kami keliru sama ada berada di negara maju yang lain. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana kemudahan yang disediakan ternyata sangat lengkap. Jangan lupa bawa bekal yer sebab dekat sini tiada makanan halal. Kami bawa instant food dari Malaysia.

  • Grab car ke Cable Car Station : 65,000 VND /3 person = RM4.50
  • Vinpearl Land Amusement Park : 880,000 VND = RM176
    *Kami bayar rm152/person booking guna KLOOK apps. Jimat!
  • Jus Buah 130,000 VND /3 person = RM9

Jumlah hari kedua = RM189.50

Hari Terakhir

Untuk hari terakhir kami cuma santai menikmati kopi Vietnam yang terkenal dunia sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya percutian ke Nha Trang merupakan pilihan bijak kami. Jangan lupa datang ke sini jika anda mempunyai bajet yang sangat terhad. Kalau tanya kami, tempat ini sangat sesuai untuk dibawa anak anak kecil bersama. Jangan risau okay!

Sarapan Highland Coffee

  • Coffee small size : 25,000 VND = RM5
  • Airport transfer from hotel : 250,000 VND /3person = RM17
  • Makan A&M Fast Food 130,000 VND = RM23

Jumlah hari terakhir = RM 45

Jumlah keseluruhan, RM343 + RM 189.50 + RM 45 = RM 603.60

Sumber : Syafiqah Husin , Shafika

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×