Umum sedia maklum bahawa anak kepada pelakon AR Badul, iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya telah disahkan meninggal dunia akibat tercedera semasa melakukan demonstrasi menembak. Demonstrasi itu sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Menerusi Harian Metro, bapanya AR Badul dilaporkan reda dengan pemergian anaknya itu apabila menerima berita mengenai insiden tersebut jam 11 pagi. Dia turut memberitahu media berkenaan punca anaknya itu meninggal dunia.
Saya reda dengan ujian ini
Saya reda dan terima ujian Allah ini.
Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan.
Punca tragedi malang itu berlaku apabila baju kalis peluru yang dipakai oleh arwah tidak mampu menahan impak tembakan. Dia turut faham akan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.
Tembakan itu tersasar sedikit
Tambah Mstar, isteri arwah Nour Sharnar Harun turut mengesahkan kejadian yang menimpa arwah suaminya itu.
Saya dimaklumkan tentang berita itu pada pukul 9 pagi tadi dan suami sempat penghantar mesej berkata bahawa itu pertunjukkan terakhirnya.
Saya juga diberitahu tembakan itu tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa.
Sumber: Harian Metro, Mstar