berita

‘Baju Memang Kami Beli, Kurnia Tidak’ – Terima Datuk, Afdlin Shauki Luah Rasa Bangga

September 29th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini viral di media sosial perselisihan faham di antara Zizan Razak dan Hans Isaac. Zizan di pentas FFM telah membuat lawak mengenai pangkat Dato’ yang diterima Hans Isaac. Walau bagaimanapun isu ini telah diselesaikan dengan cara baik oleh kedua pihak.

Terbaru, Afdlin Shauki menerusi status di Facebook telah meluahkan rasa bangga dengan pencapaian yang diterima oleh sahabatnya termasuk Hans Isaac. Kisah persahabatan mereka bukanlah satu yang baru apabila pernah muncul beberapa kali filem bersama seperti Baik Punya Cilok. 

Kurnia ini bukan kami cari

Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yg 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup. I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari.

Kami hanya buat yg terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manfaat juga yg di berikan kepada masyarakat. Terima kasih kepada pihak istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dgn bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan.

Berjaya ubah hidup

Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dgn berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan utk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini. Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manfaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya.

Terimakasih kepada yg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia. Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini.

Sumber : Afdlin Shauki

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×