berita

Pakaian Rebecca Nur Al Islam Dikutuk Baju Pasar Malam

November 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-10 at 2.27.03 PM

Susah sangat bergelar selebriti. Dari tingkah laku hinggalah ke pakaian semuanya jadi perhatian. Kalau cantik, dikata nak menunjuk, jika buruk, dihina pula.

Korang mesti pelik kenapa kami membebel kan? Sebenarnya, kami kasihan dengan nasib Rebecca Nur Al Islam ini. Selalu sahaja jadi bahan kutukan dek kerana pakaiannya.

Untuk pengetahuan semua, Rebecca kini sedang bercuti bersama keluarga serta teman baiknya, Eina Azman di Gold Coast Australia. Tapi yang tak bestnya, ada juga yang tak puas hati dengan ibu muda ni.

Screen Shot 2014-11-10 at 2.22.24 PM

Pakaian Rebecca dikutuk lagi!

Ceritanya begini, gara-gara sekeping foto yang di muat naik oleh Eina, Rebecca telah dikutuk dan dikatakan memakai baju pasar malam.

Kami sendiri pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh follower tersebut. Kalau tak suka, unfollow sajalah kan?

Screen Shot 2014-11-10 at 2.58.03 PM

Nampaknya, selaku sahabat baik, Eina tak mendiamkan diri tau. Eina mengambil langkah berani dengan membalas komen tersebut beserta nasihat sekali.

Tapi, kami respect cara Eina. Tak ada sedikit pun kata-kata kesat atau kurang ajar yang dilemparkan terhadap peminat tersebut. Relax and steady je.

Apapun, kepada Rebecca dan Eina, selamat bercuti ya!

SKIP THIS AD ×