berita

Baju T-Shirt The Rolling Stone Dijual Sampai RM5 Ribu!

January 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di musim PKP ini tidak menjadi penghalang untuk semua peniaga bundle menjual barangan mereka secara dalam talian sahaja. Siapa sangka seorang pengusaha kedai bundle boleh memperolehi untung besar dengan hanya meniaga pakaian atau barangan terpakai.

Menerusi perkongsian di Facebook As Vintage Store, salah seorang pelanggannya telah membeli sehelai baju dengan harga RM5,500! Banyak tu!

Dijual dengan harga RM5ribu!

Sehelai baju T-shirt dengan grafik The Rolling Stones berwarna kuning di lengan telah dijual. Pakaian tersebut dijual kepada salah seorang pelanggannya dengan harga RM5,500. The Rolling Stones merupakan salah satu kumpulan band rock yang berasal dari United Kingdom dan memiliki peminat dari pelusuk dunia. Buat peminat band rock ini, mungkin mereka sanggup membeli untuk memiliki design pakaian band lagend itu.

Barang original ni…

https://www.facebook.com/asvintagestore/videos/408572510413643

Bukan hanya sehelai sahaja yang dijual dari kedai As Vintage Store, malah, terdapat beberapa lagi design pakaian T-shirt yang dijual mereka. Boleh dikatakan, pakaian yang dijual oleh peniaga ini juga sangat eksklusif dan jarang dimiliki orang lain.

Sumber: As Vintage Store

SKIP THIS AD ×