berita

Bakal Bawakan Lagu Sendiri, 4 Pasangan Sedia Berentap Di Pentas Akhir Lagu Cinta Kita 3 Ahad Ini

December 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) bakal melabuhkan tirainya pada 26 Disember 2021 jam 9.00 malam di TV3 dengan menyaksikan empat peserta pasangan LCK3 yang telah berjaya mara ke pentas akhir. Empat pasangan yang bakal berentap adalah Achik & Maria, Hariz & Wanie, Pasya & Puteri dan Syafeek & Zazo.

Artikel berkaitan : Hael Husaini Jadi Juri Jemputan Separuh Akhir LCK3, Achik & Maria Kembali Beraksi Atas Undian ‘Wild Card’

Artikel berkaitan : Walaupun Gagal Pamer Keserasian, 2 Pasangan Diberi Peluang Kedua Mara Ke Pusingan Seterusnya Dalam Lagu Cinta Kita 3

Pasangan yang bakal dinobatkan sebagai juara baharu pada pentas akhir nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 manakala tempat kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan tempat ketiga berjumlah RM20,000.

Bakal tampil dengan lagu mereka sendiri

Meskipun banyak tekanan serta merasa gementar menjelang minggu terakhir, finalis LCK3 tetap akan memberikan yang terbaik dalam persembahan terakhir mereka. Bertemakan Lagu Cinta Kita, para finalis akan melakukan dua persembahan. Sepanjang tiga musim bersiaran, ini merupakan kali pertama mereka akan membawa lagu yang dicipta khas untuk mereka sendiri sejak tiga musin LCK bersiaran.

Di pentas akhir pada Ahad ini pasangan Achik & Maria bakal membawa lagu duet yang bertajuk Jangan Pisahkan nyanyian asal Deddy Dores & Mayang Sari serta lagu mereka sendiri. Manakala Hariz & Wanie akan membawa lagu Akan Ku Tunggu nyanyian asal kumpulan Candy dan juga lagu mereka sendiri yang mengisahkan tentang cabaran dalam percintaan.

Dalam pada itu bagi pasangan Pasya & Puteri, mereka akan membawa lagu Kejora Ku Bersatu nyanyian asal daripada kumpulan Search. Lagu berkenaan merupakan lagu kegemaran Puteri dan dia ingin membawa lagu tersebut bersama pasanganya iaitu Pasya. Pasangan ini bakal tampil dengan lagu mereka sendiri tetapi tidak sama seperti pasangan yang lain apabila mereka bakal membawa lagu genre band.

Pasangan Syafeek & Zazo akan membawa lagu genre rancak pertama mereka serta lagu mereka sendiri yang mengisahkan seseorang yang sudah menemukan teman sejiwanya.

Sudahkah mereka bersedia untuk berentap di pusingan terakhir?

Pentas akhir Lagu Cinta Kita musim ketiga bakal menyaksikan Hael Husaini sebagai juri jemputan dan nantikan juga persembahan menarik daripada Aina Abdul bersama-sama Hael Husaini pada Ahad ini.

Sudah 7 episod berentap di pentas Lagu Cinta Kita dan pelbagai cadangan, teguran, nasihat dan kritikan yang telah diberikan oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Apakah persediaan dan strategi yang akan disusun oleh semua peserta di pusingan akhir nanti?

Bersediakah mereka berhadapan dengan debaran yang semakin memuncak untuk merebut gelaran juara di pusingan akhir? Saksikan siaran langsung Lagu Cinta Kita 3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Boleh terus strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

SKIP THIS AD ×