berita

Bakal Bercuti Di Gold Coast, Australia? Apa Yang Best Eh? Ini Antara Aktiviti Yang Korang Boleh Try!

May 2nd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Setiap orang yang pergi melancong ni pasti ada tujuan mereka yang tersendiri betul tak?

Ada yang nak pergi healing, ada yang nak menikmati pemandangan yang cantik dan ada juga yang nak melihat serta teroka dunia luar.

Apa! Korang bercadang nak melancong ke Gold Coast, Australia?

Agak-agak harga tiket mahal tak? Haa…Jangan pening-pening, dengan AirAsia X tiada apa yang mustahil. Menarik kan!

Macam mana excited tak? Apa tunggu lagi cepat list kan aktiviti yang korang nak sangat lakukan di Gold Coast, Australia.

Terokai Gold Coast dengan cara yang berbeza!

Bila sebut je pasal Gold Coast, Australia ni mesti korang terus terbayang pantai dan taman tema yang sering menjadi bualan mereka yang telah berkunjung ke sana betul tak?

Kadang-kadang bosan juga kalau buat benda yang sama je betul tak? Apa kata korang memanfaatkan peluang yang AirAsia X tawarkan ni untuk teroaki Gold Coast dengan cara yang berbeza.

Sebenarnya banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di Gold Coast tau jom min kongsikan antara aktiviti yang best kat sana.

Nak tahu apa?

Ini merupakan aktiviti popular yang korang boleh try sepanjang berada di Gold Coast :

1. Home of the Arts (HOTA)

Korang yang suka kan art tu boleh lah berkunjung ke Pusat seni dan budaya pertama di Gold Coast ni. Guyss…Yang paling penting ianya PERCUMA!

Min sarankan korang pergi hari Ahad sebab ada Pasar HOTA dari 6 pagi hingga 11 pagi. Bukan setakat tu jer, min dengar ada banyak trak makanan di sana siap ada buskers tempatan live tau. 

Memang perfect aktiviti untuk memulakan hari Ahad korang.

2. Hop-On-Hop-Off Ferry (HOPO)

Dengan adanya Hop-On-Hop-Off Ferry (HOPO) ni korang boleh lah luangkan masa untuk teroka Gold Coast dari sudut yang berbeza tau.

Boleh lah korang santai-santai atas air sambil menikmati pemandangan sekitar Gold Coast yang cukup menakjubkan. Min janji korang memang tak akan menyesal!

Hop-On-Hop-Off Ferry (HOPO) menawarkan 5 perhentian yang menghubungkan Surfers Paradise ke HOPO dan juga ke Seaworld. Menarik kan!

3. Seaworld

Kalau korang nak tahu Seaworld ni merupakan tempat yang wajib di kunjungi bila di Gold Coast tau.

Kini Seaworld ada menawarkan Taman Tema yang mempunyai presint baharu! Ia dipanggil ‘The New Atlantis’ dengan 3 rides baru yang korang wajib try. Fuhh tak sabarnya!

Salah satunya rides yang korang kena try ialah Leviathan! Ia merupakan rollercoaster kayu yang sangat laju sehingga mencapai kelajuan 80km sejam. Padu babe!

Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut. Hehehe!

4. Jet Boating

Kalau korang ada masa kan, min nak suggestkan korang try rollercoaster atas air ni. Apa tu?

Buat siapa-siapa yang sukakan aktiviti yang adventure tu boleh lah try Jet Boating yang berkelajuan tinggi ni sebab kawan-kawan min semua cakap memang best.

5. Harbour Town Outlet Mall

Apa! Nak shopping? Pssttt…Min nak bagi tau sesuatu ni, kalau korang nak shopping barangan berjenama dengan harga yang murah boleh lah ke Harbour Town yang merupakan outlet berjenama di Gold Coast yang sering menawarkan diskaun yang hebat.

Tips dari min, korang boleh pergi pada hari Khamis sebab mall akan tutup pada pukul 7 malam. Selain itu, korang boleh dapatkan pick up service secara PERCUMA dari Surfers Paradise kalau korang klik SINI  dengan syarat korang mesti buat tempahan awal.

6. Betty’s Burgers

Bagi min kalau dah travel jauh-jauh tu min mesti akan makan makanan yang famous kat negara tersebut. Happy Tummy, Happy Me!

Jadi hari ni min nak kongsikan satu makanan yang memang min akan repeat kalau pergi Gold Coast lagi. Nak tahu apa?

Sudah semestinya Betty’s Burgers! Min boleh katakan ini merupakan burger yang sedap sampai buat min teringat-ingat tau. Korang jangan lupa try!

7. Mountview Alpaca Farm

Korang pernah tengok atau bermain dengan Alpaca tak? Kalau belum ini lah peluang korang untuk berkunjung ke Vineyards dan Mountview Alpaca Farm. 

Min dengar cerita Alpacas kat situ semua jinak-jinak! 

Kalau korang nak bermain dengan si comel ini, min harap korang rancang perjalan korang dengan baik sebab korang kena lalu kawasan pendalaman Gold Coast, tapi jangan risau sebab min yakin perjalanan ini memang sangat berbaloi!

8. Seasonal Whale Watching

Seperti yang semua sedia maklum, Gold Coast memang terkenal dengan hidupan lautnya yang boleh dikatakan menjadi tumpuan utama untuk para pelancong.

Untuk korang yang bercadang melancong ke Gold Coast antara bulan Jun hingga Oktober tu, jangan lupa untuk mengunjungi Whales in Paradise dan menyaksikan sendiri beribu-ribu ikan paus humpback akan bermigrasi dalam kelompok dari Antartika ke utara dan selalunya haiwan ini akan berulang-alik melintasi pesisir pantai.

Memang syok!

9. Warner Bros. Movieworld

Antara aktiviti kegemaran min ialah, lawatan ke Warner Bros, Movieworld! Min habiskan seharian di sana mencuba pelbagai rides dan menikmati persembahan yang mereka sediakan untuk para pengunjung. 

Kalau korang suka aktiviti lasak macam min, boleh lah try naik Superman Escape ATAU DC Rivals Hypercoaster. Sumpah min cakap, rides ni memang buatkan jantung korang berdegup kencang. Yang pasti, lepas settle je naik rides ni mesti korang akan hilang suara. Hahaha!

10. Burleigh Heads

Siapa yang macam min, kalau travel negara orang min mesti akan singgah ke cafe yang popular kat sana? Orang kata buat rasa-rasa!

Kalau korang macam min kan, min nak cadangkan korang buat cafe hopping atau bersantai di pantai di Burleigh Heads ni. Hemm…tak kan nak buat tu je?

Haaa…jangan risau klik SINI untuk mendapatkan inspirasi yang menarik di Burleigh Heads.

Ini apa yang min boleh kongsikan dengan korang yang bakal atau merancang melancong ke Gold Coast tau.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang best korang boleh jumpa, tapi sayangnya min tak dapat nak teroka semunya sampai habis. 

Yang pasti min akan melancong lagi ke Gold Coast pada tahun 2024 ini!

AirAsia X kembali lagi dengan tawaran  hebat ke Gold Coast, Australia!

Seperti yang semua sedia maklum, AirAsia X adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di Asia telah buat comeback dengan menawarkan pakej tambang murah ke Gold Coast, Australia, selepas lebih dua tahun terhenti akibat pandemik.

Penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke Gold Coast ini merupakan destinasi keempat syarikat penerbangan itu di Australia.

Hal ini telah memperkukuhkan lagi kedudukan AirAsia X sebagai salah satu syarikat penerbangan tambang murah yang menghubungkan Australia ke destinasi utama Asia dan satu-satunya syarikat yang menawarkan pernerbangan terus antara Malaysia dan Queensland.

AirAsia X memang tidak pernah mengecewakan!

Untuk yang kaki travel  atau mereka yang nak sangat bercuti di Australia, ini lah masanya sebab AirAsia X telah menawarkan penerbangan secara terus dari Malaysia ke Queensland, Australia tau. Memang mantap!

AirAsia X juga menawarkan penerbangan secara terus sebanyak 3X seminggu ke Gold Coast, bermula dari sekarang hingga 14 December 2023. Ini yang kita mahukan!

Tambang bermula serendah RM599 je!

AirAsia X berbesar hati untuk mengalu-alukan semua pelancong dari Malaysia untuk ke Australia bagi menikmati gaya hidup hebat dan pengalaman percutian bertaraf dunia di Gold Coast. Terbaik!

Untuk meraikan penyambungan semula perkhidmatan ke Gold Coast, AirAsia X telah menawarkan tambang murah all-in dengan penerbangan dari Malaysia terus ke Queensland, Australia bermula dari RM599 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM3,999 sehala bagi empat duduk Premium Flatbed.

Australia benar-benar mempunyai sesuatu untuk semua orang!

Tunggu apa lagi, cepat tempah tiket penerbangan korang ke Australia di SINI dengan AirAsia X sekarang, confirm tak menyesal. Tak sabarnya nak travel ke Australia!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×