![]()
Memeriahkan kedatangan Ramadan yang mulia tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) bakal menganjurkan Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (GBRR). Mesti ramai yang tak sabar nak membeli juadah berbuka sambil bersua dengan selebriti kegemaran kan?
Serentak di dua lokasi
![]()
GBBR 2019 menjadi bazar terbesar dalam sejarah dan diadakan serentak di Stadium Shah Alam, pada 4 Mei hingga 2 Jun manakala Stadium Bukit Jalil, pada 16 Mei hingga 4 Jun.
Bazar ini juga akan dimeriahkan dengan 436 unit booth di Bukit Jalil dan 134 unit booth di Shah Alam yang akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari bekerja dan 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum.
Sasar catat lemang terpanjang MBOR
![]()
Menariknya, bazar ini juga mensasarkan untuk menempa rekod lemang terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records! Hasil jualan lemang tersebut pula akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3.
Aktiviti lain termasuklah program amal seperti solat berjemaah dengan tahfiz dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan selebriti MPTN yang turut hadir memeriahkan majlis.








