berita

Bakal Gegarkan Pawagam 28 November Ini, Jujur Kami Cakap Ejen Ali Filem Animasi Terbaik 2019!

November 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Musim cuti persekolahan sudah tiba. Seperti biasa pada waktu-waktu begini, ibu bapa pastinya tidak akan ketinggalan untuk membawa anak-anak ke panggung wayang bagi menonton filem-filem yang sedang ditayangkan.

Jadi, apa kata kali ini, raikan kemeriahan cuti sekolah dengan membawa anak-anak anda menonton filem Ejen Ali The Movie yang bakal ditayangkan beberapa hari sahaja lagi. Jom baca perkongsian kami mengenai filem terbaru ini yang pastinya mengujakan!

Ditayang 28 November

Mesti ramai yang dah tahu kan bahawa filem Ejen Ali ini sebenarnya diangkat dari siri animasi popular TV, Ejen Ali. Oleh kerana sambutan yang sangat hangat diberikan oleh penonton kaca TV sehingga mencecah lebih dari 2 juta penonton, jadi kali ini, animasi ini diangkat ke layar perak dan bakal menemui peminat pada 28 November ini.

Untuk membuatkan korang lagi teruja menonton filem ini, kami kongsikan sedikit sinopsis tentang filem Ejen Ali yang memang best dan mendebarkan!

Filem ini mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Ok.. konflik dalam cerita ni mula timbul bila Ali mula mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu IRIS.  Haa.. Mesti lah akan ada benda yang jadi lepas tu kan?

Iris Neo?

Kalau nak tahu, gajet tersebut sebenarnya telah diubahsuai menjadi IRIS Neo di mana ia membolehkan ejen-ejen lain turut sama menggunakannya. Apa lagi, bila tahu tentang perkara ini, Ali mula mempersoalkannya dan dia mula merasa terpinggir dan anggap kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Tetapi pada ketika itulah Ali didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Jadi bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Nak tahu apa yang jadi lepas tu? Kenalah tengok di panggung wayang. Yang pastinya setiap sen yang korang bakal keluarkan nanti memang tidak akan rugi dan sangat berbaloi.

Grafik yang menarik

Ketika menonton tayangan perdana filem Ejen Ali baru-baru ni, kami memang sangat berpuas hati dengan grafik yang digunakan oleh Wau Animation untuk menghasilkan filem ini. Mana tidaknya, hasil yang diberikan memang sangat gempak dan real, bahkan setanding dengan filem-filem animasi luar negara.

Penonton siap tepuk tangan

Bahkan ketika menonton filem ini, terlalu banyak adegan menarik yang telah berjaya menambat hati penonton termasuklah orang dewasa. Kalau korang nak tahu, ada beberapa scene dalam filem ini yang boleh buat korang berdekah sampai tak kering gusi tau. Selain Ali, ada beberapa lagi watak yang pastinya membuatkan korang teruja dan bertambah seronok ketika menonton filem ini.

Bukan itu sahaja, penonton turut bertepuk tangan sebanyak beberapa kali kerana kagum dan seronok dengan scene yang sedang ditayangkan. Yang pastinya, sepanjang menonton filem ini, korang tidak akan rasa mengantuk dan boring walau sedikit pun.

Jadi jomlah datang beramai-ramai dan saksikan filem ini bersama anak-anak anda. Jangan lupa ya, filen Ejen Ali ini akan melancarkan misinya di 160 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November ini.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×