berita

Bakal Hadapi 20 Pertuduhan, Rosmah Didakwa Beli Ubat Hormon ‘Kuat’ RM1 Juta?

September 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Turut terpalit dengan kontroversi pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Kertas siasatan terhadap bekas wanita pertama ini akan dibuka semula selepas 2 tahun bermula.

Menurut laporan New Straits Times, pasukan penyiasat sudah melengkapkan kelompangan dalam siasatan mereka terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru ini.

Didakwa beli hormon anti-penuaan

Fail siasatan terhadap Rosmah difahamkan dibuka semula selepas tumbangnya Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum lalu. Siasatan menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan, mengaitkan suaminya yang sebelum ini menemui jalan buntu.

Pada Jun lalu, Rosmah pernah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Difahamkan soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Menurut laporan NSTP lagi, satu daripada pertuduhan itu bakal mendapat perhatian ramai iaitu membabitkan pembelian produk hormon anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat (AS).

Penyiasat percaya dana daripada SRC digunakan untuk membeli produk berkenaan.

RM1 juta dibayar kepada Datuk

Produk yang didakwa dibeli Rosmah itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus, jika diambil secara berterusan. Mereka yang pernah mengambil produk itu mendakwa ia menambah baik tenaga dalaman, tidur yang lebih nyenyak, meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan berat badan, menguatkan otot dan memperbaiki sel kulit.

Menurut sumber, cek bayaran lebih RM1 juta dibuat kepada seorang doktor bergelar Datuk pada Februari 2015 bagi pembelian dua set ubat bernilai RM500,000 setiap satu.

Cek bernombor akaun sama akaun Najib

Malah, cek yang diserahkan kepada doktor terbabit turut tertera nombor akaun sama dengan akaun bank AmIslamic milik Najib yang sudah ditutup sebelum ini. Akaun terbabit dipercayai ditutup beberapa minggu selepas bayaran dibuat.

Ketika disoal siasat, doktor berkenaan memberitahu cek terbabit adalah untuk pembelian dua set ubat. Produk lain yang dibeli dipercayai 100 peratus makanan berasaskan tumbuhan bagi merangsang badan manusia untuk mengekalkan keremajaan dan daya hidup.

Difahamkan, terdapat sekeping cek bernilai RM100,000 yang dibayar kepada sebuah syarikat pada Februari 2015 bagi kerja pembinaan sebuah rumah di Taman Duta.

Rumah berkenaan adalah kediaman peribadi Najib dan isterinya. Difahamkan pembayaran itu dibuat selepas selesai pembinaan pos penjaga keselamatan dan lain-lain lagi.

Sumber: Berita Harian, New Straits Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×