berita

Bakal Kahwin Tak Lama Lagi, Kamal Adli Hantar ‘Rombongan’ Risik Uqasha Senrose, Tahniah!

April 4th, 2021 | by Shahira
Lensa Insta

Pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mendedahkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan di sebuah pusat peranginan pada pertengahan tahun ini.

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah Di Pusat Peranginan Tanah Tinggi, Ada 3 Majlis Resepsi

Tetapi hari ini, Uqasha Senrose dikatakan telah dirisik oleh keluarga Kamal Adli . Wah tahniah!

Uqasha sudah dirisik

Adik kepada Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose ada memuat naik beberapa foto dan video di InstaStory memaparkan pelakon jelita itu mengenakan busana berwarna putih persis seperti pengantin. Walaupun pada awalnya dia tidak memberitahu secara terperinci tentang majlis tersebut tetapi emoji berbentuk cincin dan hati yang ditulis oleh Raysha seolah memberi ‘hint’ bahawa kakaknya itu sudah dirisik oleh jejaka idaman. Memang tak dapat dinafikan, berseri-seri sungguh wajah si bakal pengantin.

Menerusi laporan Kosmo, Rasyha memaklumkan bahawa majlis merisik itu telah berlangsung di sebuah hotel di ibu negara. Difahamkan, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Bukan majlis pertunangan, tetapi sekadar acara merisik secara kecil-kecilan. Antara yang dibincangkan ialah persiapan untuk majlis pernikahan seperti hantaran.

Tahniah…

Cantiknya Uqasha!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Sumber: Raysha Rizrose, Nelydia Senrose, Shanell Harun, Kosmo

SKIP THIS AD ×