Selepas kolaborasi bersama jenama terkenal Alha Alfa dan Ameera Zaini dan kali ini TV3 mengambil pendekatan dengan melakukan kolaborasi bersama pelakon dan usahawan, Fazura.
TV3 x Fazura
TV3 x Fazura mempersembahkan 10 corak tudung edisi terhad yang dinamakan Akasia. Kolaborasi tersebut adalah sebagai tanda kemunculan semula Fazura di kaca televisyen menerusi sebuah drama selepas hampir enam tahun berehat daripada dunia lakonan.
Matlamat utama kolaborasi TV3 X Fazura adalah untuk memperkasa jenama tempatan selain untuk mencipta kelainan di dalam jenama Fazura itu sendiri. Malah ianya juga memberi impak kepada penonton TV3 dan peminat tudung Fazura.
Apa yang menariknya, TV3 x Fazura adalah satu tudung yang akan digayakan di dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.
Material kaim premium
Sekadar info, jenama Fazura belum pernah berkolaborasi dengan mana-mana jenama sepanjang 2 tahun bertapak di pasaran dan TV3 X Fazura adalah kali pertama bagi jenama Fazura berkolaborasi bersama jenama lain.
TV3 x Fazura ini menggunakan material kain yang premium, lembut dan mudah dibentuk iaitu Japanese Cotton Voile. Bagi peminat tudung bawal, pemilihan kain tudung adalah sangat dititik beratkan, selaras dengan TV3 x Fazura, kedua pihak menjanjikan kepuasan bagi setiap pembeli.
Bertatahkan corak bunga lukisan air membuatkan si pemakai TV3 x Fazura sesuai dengan semua peringkat umur. 10 koleksi ini mempunyai pelbagai warna berona terang dan juga lembut, bagi memberi lebih variasi di dalam koleksi ini.
TV3 x Fazura adalah stok terhad, dan pembelian boleh dilakukan di www.fazura.com dan di butik Fazura dan juga stokis sah Tudung Fazura. Untuk maklumat lanjut, boleh layari di instagram TV3 dan mytudungfazura.