berita

Bakal Pengantin Berputih Mata Kena Scam Hampir RM11k, Polis Cari Suspek Tipu Pakej Kahwin

October 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bentong, Pahang, pihak polis telah menerima dua aduan berkaitan kes penipuan pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat perancang perkahwinan.

Kerugian bernilai RM20,900

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, kedua-dua mangsa memaklumkan bahawa mereka menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan. Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Lutfi itu telah memperdayakan orang ramai dengan cara membuat pengiklanan promosi pakej perkahwinan di laman Facebook menggunakan nama syarikat. Suspek yang berusia 28 tahun itu menyasarkan pasangan yang ingin berkahwin di daerah tersebut. Antara pakej yang ditawarkan  adalah termasuk set pelamin, baju pengantin, pakej persolekan, jurugambar, khemah dan katering.

Setelah mangsa bersetuju untuk mengambil pakej perkahwinan tersebut, mangsa diminta datang berjumpa dengan suspek untuk berunding. Suspek meminta mangsa membuat pembayaran penuh untuk menempah pakej perkahwinan dengannya. Setelah mangsa memindahkan wang pembayaran penuh atas nama syarikat suspek, suspek telah menghilangkan diri. Kerugian yang dialami oleh kedua-dua mangsa bernilai RM20,900.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, SUPT. Zaiham Bin Mohd Kahar, hasil siasatan awal mendapati syarikat tersebut wujud dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Lokasi butik pengantin dikenalpasti di Bentong dan kini butik tersebut telah ditutup.

Tambah Zaiham, suspek telah menghilangkan diri. Oleh itu, Zaiham berharap mangsa-mangsa lain dapat tampil dan hadir membuat laporan polis. Jelasnya lagi, pihaknya memohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek dapat tampil menyalurkan maklumat atau menghubungi pusat kawalan daerah IPD Bentong bagi membantu siasatan.

Kenyataan media

Sumber: Mohd Redzuan

SKIP THIS AD ×