berita

Bakal Pengantin Di Kedah Tak Perlu Hadir Kursus, ‘Interview’ 15 Minit Dah Boleh Kahwin

May 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah memberi kelonggaran kepada bakal pengantin supaya tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebaliknya hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Temuduga ringkas

Menerusi laporan Berita Harian, Muhammad Sanusi memberitahu semua pasangan yang hendak berkahwin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan ekoran wabak yang sedang melanda negara. Namun, setiap pasangan akan ditemuduga selama 15 minit bagi memudahkan urusan mereka. Tiada sebarang yuran akan dikenakan sepanjang proses temuduga tersebut berlangsung.

Kursus pra perkahwinan selalunya mengambil masa enam jam dan bakal pengantin perlu menghadiri kelas anjuran pihak yang diberi kelulusan sebelum sijil kursus dikeluarkan, jadi ketika PKPB kursus ini tak dapat diadakan.

Bagi calon yang belum mengikuti kursus ini dan mahu bernikah ketika PKPB, maka mereka akan ditemuduga ringkas seperti hanya diminta untuk mengucap syahadah dan beristigfar sebelum akad nikah.

Tambah Sanusi, tiada sebarang yuran akan dikenakan buat bakal pengantin dan masa untuk ditemuduga juga sangat singkat jika dibandingkan masa untuk menghadiri kursus pra perkahwinan sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×