Pada 14 Jun lalu, telah berlangsungnya uji bakat ‘Drama Sangat & Pitch Story TV3’ di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya (UM).

Artikel Berkaitan: TV3 41 Tahun Penuh Drama: Peluang Keemasan Jadi Penulis & Pelakon Baharu!

Gegar Universiti Malaya!

@dramasangat

Mungkin ada yang FOMO macam mana vibes dalam bilik juri 🙄 Juri kita sporting je 🥰 Sempena ulang tahun TV3 yang ke-41, kami bawakan something special untuk uolls! Kalau anda ada cerita yang luar biasa atau bakat lakonan yang hebat, jom sertai Ujibakat Pencarian Pelakon Drama Sangat & Pitch Story Anda ke TV3! Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya – 14 Jun Blok D&E, Taylor’s University Lakeside Campus – 21 Jun Jam: 11 pagi – 6 petang TUNGGU APA LAGI? PELUANG ANDA UNTUK MENJADI TERPALING POPULAR & VASSS SUDAH TIBA! 🔥 #41TAHUNPENUHDRAMA

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Program pencarian bakat itu merupakan kolaborasi UM bersempena ulang tahun TV3 yang ke-41 dengan bertujuan untuk mencari bakat baharu dalam bidang lakonan serta idea cerita yang segar bagi slot drama TV3.

Meskipun hanya berlangsung selama sehari, suasana pada program tersebut begitu hangat dengan ratusan pelajar dari pelbagai fakulti hadir bagi menonjolkan bakat yang sedia ada.

Ramai yang mengambil peluang untuk menonjolkan bakat dan membentangkan idea menarik mereka di hadapan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Hasniza Nordin (Saphire Screen), Jalena Rejab (Country & Universal), Dr. Marleny Deenerwan (Timbalan Dekan Fakulti Seni Kreatif, UM) dan Dr. Mohd Effindi Samsuddin (Pensyarah Kanan (Akademi Pengajian Melayu, UM).

Terlepas di UM? Jangan risau!

@dramasangat

👀 Kembar Syafiq Kyle pulakk ! Kan dah cakap orang Malaysia ni ramai yang berbakat Sempena ulang tahun TV3 yang ke-41, kami bawakan something special untuk uolls! Kalau anda ada cerita yang luar biasa atau bakat lakonan yang hebat, jom sertai Ujibakat Pencarian Pelakon Drama Sangat & Pitch Story Anda ke TV3! Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya – 14 Jun Blok D&E, Taylor’s University Lakeside Campus – 21 Jun Jam: 11 pagi – 6 petang TUNGGU APA LAGI? PELUANG ANDA UNTUK MENJADI TERPALING POPULAR & VASSS SUDAH TIBA! 🔥 #41TAHUNPENUHDRAMA

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Bagi yang terlepas peluang untuk menyertai uji bakat di UM tempoh hari usah risau kerana anda berpeluang untuk mencurahkan idea dan menonjolkan bakat anda di sesi berikutnya yang bakal diadakan di Taylor’s University.

Jangan lepaskan peluang dan hadirkan diri anda ke Lakeside Campus, Blok D & E, pada 21 Jun 2025 (Sabtu) dari 11 pagi hingga 6 petang.