
Setiap kali Ramadan tiba, suasana persiapan Hari Raya Aidilfitri pasti makin terasa. Dari membeli baju raya, menghias rumah, menyiapkan kuih raya hinggalah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman, semuanya jadi sebahagian daripada tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Lebih-lebih lagi bila musim raya datang bersama cuti sekolah, ramai keluarga mengambil peluang untuk merancang perjalanan lebih awal. Ada yang pulang ke kampung untuk berkumpul bersama keluarga besar dan ada juga yang menyambung cuti raya dengan percutian bersama orang tersayang selepas sebulan berpuasa.
Bila semuanya dirancang lebih awal, perjalanan pun jadi lebih tenang. Tak perlu kelam-kabut saat akhir dan korang boleh fokus sepenuhnya untuk menikmati detik-detik indah bersama keluarga sepanjang musim perayaan.
Sebab itulah musim raya kali ini, ramai yang mula merancang perjalanan lebih awal, sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau mengambil peluang bercuti bersama keluarga.
Dengan pilihan tambang menarik, korang boleh terbang ke destinasi domestik seperti Kuantan daripada RM219 dua hala, termasuk semua, atau merancang percutian lebih jauh ke bandar popular seperti Tokyo dan banyak lagi daripada RM2,099 dua hala, termasuk semua.
Balik kampung atau short getaway dalam Malaysia
Bagi yang merancang perjalanan dalam negara, Malaysia Airlines menawarkan akses mudah ke beberapa destinasi popular yang sesuai untuk percutian keluarga atau short getaway selepas raya.
Kuantan

Kuantan merupakan destinasi menarik di Pantai Timur Semenanjung yang terkenal dengan pantai cantik seperti Teluk Cempedak dan Cherating.
Suasana santai di tepi laut, makanan laut segar serta pelbagai aktiviti pantai menjadikan Kuantan pilihan sesuai untuk short getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.
Kota Kinabalu

Kota Kinabalu merupakan antara destinasi paling popular di Sabah, terkenal dengan pemandangan laut yang cantik dan latar belakang Gunung Kinabalu yang ikonik. Korang boleh menikmati suasana pantai yang santai, makanan laut segar serta meneroka pulau-pulau berhampiran yang menjadi pilihan pencinta alam dan aktiviti air.
Kuching

Kuching terkenal dengan suasana bandar yang santai serta warisan budaya yang unik di Sarawak.
Korang boleh berjalan-jalan di Kuching Waterfront, menikmati makanan tempatan seperti laksa Sarawak dan kek lapis, serta meneroka muzium dan bangunan bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti bandar ini.
Selain itu, Malaysia Airlines juga menawarkan penerbangan domestik ke pelbagai destinasi lain seperti Tawau, Penang dan Langkawi, yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta budaya tempatan yang unik.
Destinasi Antarabangsa Untuk Cuti Lepas Raya
Kalau bercadang untuk travel lebih jauh selepas raya, Malaysia Airlines juga menghubungkan Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik di seluruh dunia.
Tokyo, Jepun

Tokyo menawarkan gabungan unik antara teknologi moden dan budaya tradisional Jepun. Dari jalan-jalan sibuk di Shibuya hingga ke kuil bersejarah seperti Senso-ji di Asakusa, bandar ini penuh dengan pengalaman menarik untuk diterokai.
Selain membeli-belah dan menikmati makanan Jepun autentik, korang juga boleh merancang perjalanan ke kawasan sekitar seperti Gunung Fuji atau bandar bersejarah Kyoto.
Colombo, Sri Lanka

Colombo menggabungkan seni bina kolonial, pasar tempatan yang meriah dan pemandangan Lautan Hindi yang memukau. Dari sini, korang juga boleh meneroka pantai tropika serta ladang teh yang terkenal di Sri Lanka.
Maldives

Terkenal dengan lagun biru jernih dan pasir putih yang mempesona, Maldives sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan percutian tropika yang tenang dan eksklusif.
Trivandrum, India

Sebagai ibu negeri Kerala, Trivandrum menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk diterokai. Korang boleh melawat kuil bersejarah, menyelami budaya India Selatan yang kaya serta menikmati suasana pantai santai di Kovalam yang terkenal dengan pemandangan Laut Arab yang indah.
Chiang Mai, Thailand

Chiang Mai menawarkan suasana yang lebih santai dengan kuil bersejarah, pasar malam yang meriah serta landskap gunung yang menghijau. Destinasi ini juga popular bagi mereka yang ingin meneroka kawasan desa dan pusat perlindungan gajah.
Selain destinasi ini, Malaysia Airlines turut menawarkan penerbangan ke pelbagai bandar utama dunia termasuk Osaka, Melbourne, Sydney, Shanghai, Jakarta, Bangkok dan London.
Pengalaman dalam pesawat yang berbeza
Sebagai syarikat penerbangan servis penuh, Malaysia Airlines menitikberatkan keselesaan sepanjang perjalanan.
Penumpang boleh menikmati hidangan Best of Asia dengan pilihan mesra Muslim sepanjang penerbangan.
Bagi penumpang Business Class, perkhidmatan Chef-on-Call pula membolehkan hidangan dipra-tempah sebelum berlepas untuk pengalaman menjamu selera yang lebih eksklusif di udara. Perkhidmatan ini tersedia bagi penerbangan dan laluan terpilih sahaja.
Sepanjang penerbangan, sistem hiburan MHstudio menyediakan pelbagai kandungan menarik untuk mengisi masa, manakala di laluan terpilih, MHconnect membolehkan penumpang kekal berhubung walaupun sedang terbang.
Malaysia Airlines juga mengoperasikan pesawat A330neo, yang direka untuk pengalaman penerbangan lebih moden dan selesa. Bayangkan duduk di kabin yang luas, pencahayaan suasana yang menenangkan, kerusi lebih ergonomik serta bunyi enjin yang lebih senyap, sesuai untuk rehat atau menikmati hiburan sepanjang perjalanan. *A330neo tersedia bagi penerbangan dan laluan terpilih sahaja.
Untuk yang berpuasa, Malaysia Airlines turut menyediakan Ramadan Festive Box secara percuma bagi penerbangan terpilih dari Kuala Lumpur ke Asia Tenggara, Sabah dan Sarawak sehingga 20 Mac, dengan pra-tempahan melalui fungsi Manage Booking sebelum penerbangan.
Tempah terus untuk lebih banyak kelebihan

Selain tambang promosi, tempahan terus melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines juga memberikan lebih banyak manfaat.
Antara kelebihan yang boleh dinikmati termasuk:
- Tambang eksklusif dan penjimatan tambahan
- Diskaun tambahan 5% untuk ahli Enrich
- Tambang khas untuk kanak-kanak
- Pilihan untuk menambah perkhidmatan tambahan dengan mudah
- Polisi fleksibel dengan complimentary rebooking percuma (tertakluk kepada perbezaan tambang)
Tempoh jualan promosi ini berlangsung dari 10 hingga 23 Mac 2026, dengan tempoh perjalanan sehingga 18 Disember 2026.
Jadi sama ada korang merancang untuk pulang beraya bersama keluarga atau mengambil peluang cuti panjang untuk bercuti, inilah masa yang sesuai untuk mula merancang perjalanan.
Tempah terus melalui laman web rasmi malaysiaairlines.com atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines dan nikmati tambang menarik. Terbang ke destinasi domestik seperti Kuantan daripada RM219 dua hala, termasuk semua, atau rancang percutian antarabangsa ke bandar ikonik seperti Tokyo dan banyak lagi daripada RM2,099 dua hala, termasuk semua.
Kadang-kadang, perjalanan yang paling bermakna bukan sekadar tentang destinasi, tetapi momen bersama orang tersayang sepanjang perjalanan itu sendiri.
Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.








