berita

Balik Kampung Semasa PKPB, Restoran Tomyam Kena Tutup Selepas Pelanggan Positif Covid-19

November 23rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Sebuah restoran masakan panas di Raub, Pahang diarah tutup dan disanitasi sebagai langkah pencegahan selepas terdapat dua orang pelanggan di situ didapati positif Covid-19, semalam. Dua orang pelanggan itu singgah ke restoran itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan, pada 17 November lalu.

Menurut kenyataan wakil restoran itu, pihak mereka dimaklumkan menerusi panggilan telefon oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk ditutup serta-merta, bermula semalam.

Wakil restoran memohon maaf

Foto: Pahang Story

Wakil restoran masakan panas itu turut memohon maaf atas segala kesulitan dan menyatakan penutupan restoran mereka untuk tujuan sanitasi.

Dalam masa yang sama, pihak PKD mengarahkan kami untuk menutup premis kami sehingga 30/11/2020. Diharap semuanya sedia maklum dan kami berharap agar pihak tuan puan dapat mendoakan kesejahteraan pihak kami, sekian ampun maaf dari kami.

Mereka juga turut menyatakan rasa sedikit terkilan kerana dituduh menjadi pembawa wabak Covid-19 sedangkan mereka hanya mencari rezeki dan tidak tahu pelanggan mereka positif wabak itu.

Pihak PKD telah datang ke premis itu untuk melakukan pemeriksaan dan membuat proses sanitasi. Pihak restoran juga diarahkan untuk menjalankan ujian saringan pagi ini dan diwajibkan kuarantin serta merta bermula hari ini sehingga selesai.

Sehingga semalam, Pahang masih kekal tiada kes baharu sejak 2 November lepas.

Sumber: Sinar Harian.

SKIP THIS AD ×