berita

Balingan Suar, Kerusi Melayang Cemari Perlawanan Malaysia-Indonesia, Siapa Yang Mula Dulu?

November 20th, 2019 | by faris
Kini Trending

Pasukan negara berjaya membenamkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung malam Selasa. Disebalik kemenangan itu, insiden lontaran suar (flare) sedikit sebanyak mencemarkan nama tuan rumah sehingga menimbulkan perdebatan dari mana suar itu bermula.

Bermula selepas Malaysia jaring gol pertama

Berita Harian menerusi Twitternya memuatnaik video penyokong Indonesia yang dirakam membaling suar berkenaan setelah Safawi Rasid menyumbang gol pertama negara pada minit ke-29.

Ada dakwaan bermula dari tuan rumah

Bagaimanapun, ada video yang membuktikan suar tersebut dibaling ke arah penyokong Indonesia yang kemudiannya dibaling kembali oleh penyokong terbabit.

Tweet ADUN Ketari undang pertikaian

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman yang memuatnaik foto suar yang telah dibaling dengan kapsyen ‘Memalukan’ mengundang pertikaian netizen. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga membangkang kenyataan itu.

Tak datang stadium jangan pala tau

Turut dibaling kerusi

Dalam pada itu, penyokong Indonesia juga telah bertindak biadap dengan menanggalkan kerusi stadium dan membalingnya ke arah penyokong Ultras Malaya. Video kelakuan itu turut dimuatnaik pengguna Twitter semalam sekaligus menambahkan kemarahan tuan rumah.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×