berita

Balu Abam Bocey Tak Bertunang, Lelaki Dalam Foto Hanya Anak Saudara

January 31st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Hidayah Abam Bocey

Sebelum ini, tular foto memperlihatkan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bersama seorang lelaki di atas sebuah pelamin sehingga ramai yang menyangka dia sudah bertunang.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Dengan Lelaki Atas Pelamin, Hidayah Abam Bagi ‘Hint’ Sudah Bertunang?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Kongsi Momen Karaoke Bersama Arwah Abam Undang Sebak – ‘Kenangan Yang Tidak Dapat Kembali Lagi’

Rupanya anak saudara

Hidayah Abam Bocey

Terbaharu, Hidayah mendedahkan bahawa lelaki yang mengenakan baju berona biru laut dalam gambar tersebut merupakan anak saudaranya.

Identiti lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fizrail disahkan sendiri oleh Hidayah ketika membalas komen seorang pengguna media sosial di Facebook.

Betul, anak saudara saya lebih tinggi dari mak saudaranya, saja nak tunjuk anak saudara tinggi.

Susulan itu, rata-rata wargamaya berkata mereka tidak menyangka apabila ada ‘plot twist’.

Untuk info, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas ketika usianya 32 tahun.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×