berita

Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Mohon Maaf – ‘Mungkin Salah Faham’

March 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak semalam, peminat Justin Bieber di negara ini teruja apabila penyanyi antarabangsa itu bakal mengadakan konsert jelajah Justice World Tour di 20 buah negara pada tahun ini, termasuk Malaysia pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dikecam sebab buat perbandingan

Meskipun ramai peminat teruja dengan pengumuman itu, namun lain pula jadinya di Twitter apabila seorang penceramah bebas dikenali sebagai Iddin Ramli memberi pandangan berhubung konsert penyanyi kelahiran Kanada itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Iddin di Twitter, penceramah bebas itu mendakwa tiket penyanyi pujaan ramai itu pasti akan habis dijual walaupun harganya mencecah RM2,088.

Kalau macam ni ramai yang datang. Belum sempat jual tiket confirm dah sold out ni. Tengok pula senarai harga dia dari RM288 hingga RM2,088. MasyaAllah. Pun sold out macam ni.

Bagaimanapun tindakan penceramah itu melakukan perbandingan antara konsert Justin Bieber dan kelas agama yang dianjurkan olehnya sepanjang Ramadan menerima kecaman ramai.

Yang RM2,088 ni murah sangat dah bagi orang yang minat benda macam ni. Compare dengan kelas Iddin buat tadabbur Al-Quran sepanjang Ramadhan ’30 Days with Al-Quran’ bersama Imam Muda Megat, jauhlah antara langit dengan bumi.

Mungkinlah orang dah tak minat nak belajar agama. Iddin terfikir macam tu lah. Mungkin agama ni orang pandang sebelah mata sebab tu dengan yuran macam ni pun orang susah nak daftar.

‘Mungkin nilai agama di mata kita semakin pudar’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iddin Ramli (@iddinramli)

Tampil mohon maaf

Iddin bagaimanapun tampil memohon maaf kepada warganet berhubung isu konsert Justin Bieber itu dan menyatakan mungkin cara penyampaiannya itu mengundang salah faham sehingga membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.

Mungkin isu Justin Bieber tu ada melukakan hati mana-mana pihak, menimbulkan tidak puas hati pihak lain, Terang lagi bersuluh video itu ditujukan kepada umat Islam. Kalau tak percaya kita tengok berapa ramai umut Islam akan hadir nanti ketika konsert itu berlangsung.

Yes mungkin Iddin ada silapnya dan cara Iddin tidak betul. Kadang-kadang bila kita ditegur, ditunjuk dan diajar maka kita akan sedar akan kesilapan yang kita buat.

Iddin minta maaf ya? Sungguh. Minta maaf. tak pernah Iddin diajar untuk menyakiti mana-mana hati orang yang Iddin tak kenal. Mungkin penyampaian Iddin juga mengundang salah faham dan Iddin akui perkara itu.

Sumber : IddinRamli

SKIP THIS AD ×