Pihak berkuasa Singapura telah melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap rakyat Malaysia iaitu K. Datchinamurthy yang disabitkan atas kesalahan mengedar 44.96 gram dadah jenis heroin.

Artikel Berkaitan: OKU Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati Pada 27 April Ini Di Singapura, Ibu Rayu Selamatkan Anak

Artikel Berkaitan: Dera Anak Sampai Mati, Ibu & Teman Lelaki Boleh Dikenakan Hukuman Gantung Sampai Mati

Hukuman gantung dilaksanakan

Sumber: MalaysiaKini

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Biro Narkotik Pusat Singapura menerusi laman web rasmi mereka pada Khamis.

Menerusi kenyataan yang dibuat, biro itu menegaskan bahawa Datchinamurthy telah melalui proses undang-undang sepenuhnya dan diwakili peguam sepanjang perbicaraan serta rayuannya.

Hukuman mati hanya dilaksanakan bagi kesalahan serius, termasuk pengedaran dadah yang memberi kesan bukan sahaja kepada penagih tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat.

Dalam pada itu, permohonan keluarga Datchinamurthy untuk berjumpa atau menghubunginya buat kali terakhir sebelum hukuman dilakukan ditolak.

Keluarga mereka kemudiannya diminta untuk menuntut mayat pada pukul 3 petang di luar Penjara Changi, Singapura.

Sekadar info, Datchinamurthy didakwa mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura dan telah disabitkan kesalahan berkenaan pada 2011.

Datchinamurthy kemudiannya dijatuhkan hukuman mati pada 15 April 2015 sebelum Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dibuat lelaki berusia 39 tahun pada 5 Februari 2016.

Sumber: Laman Web Biro Narkotik Pusat Singapura