berita

Banduan Transgender Masih Ada Alat Kelamin Lelaki Cabul Pesalah Wanita

September 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

cabul banduan

Gambar sekadar hiasan

Seorang banduan wanita mendakwa banduan transgender yang masih mempunyai alat sulit lelaki telah menyerangnya secara seksual di sebuah penjara.

Artikel Berkaitan: Tahanan Didakwa Cabul Anak Mati ‘Dihakimi’ 8 Rakan Sel

Artikel Berkaitan: Cabul 3 Budak Lelaki Bawah Umur, Pancing Mangsa Dengan Baucer ‘Online Game’

Tiada tindakan diambil

banduan cabul

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan New York Post, kejadian yang berlaku di salah sebuah penjara di New Jersey, Amerika Syarikat itu menyaksikan mangsa telah diserang secara seksual oleh banduan transgender tersebut pada September dan Oktober 2022.

Banduan wanita itu telah melaporkan insiden berkenaan kepada kakitangan penjara namun tiada respon malah dia dikenakan tindakan disiplin.

Ekoran itu, dia telah menuduh Jabatan Pemulihan Negeri yang didakwa gagal melindungi banduan wanita dengan memfailkan tuntutan pada 29 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Daerah Hunterdon.

Menurut peguam yang mewakili mangsa, James Wronko, banduan transgender tersebut ditempatkan bersama banduan lain di kawasan yang tidak mempunyai kamera keselamatan.

Susulan itu, mahkamah telah mengarahkan banduan transgender berkenaan untuk dipindahkan ke penjara lelaki.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×