berita

‘Bang, Sakit Bang…’

June 15th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tindakan seorang suami yang dipercayai mendera isterinya sendiri mengundang padah apabila dia telah ditahan susulan laporan yang telah dibuat oleh jirannya sendiri.

Kisah mengenai ‘kezaliman‘ lelaki ini diceritakan menerusi dua buah video yang dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Miss Dayah di laman TikTok.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Patut Jaga Dia, Bukan Pukul Dia…’

Isteri jadi mangsa kezaliman suami

Foto: Tangkap layar video

Pemilik video ini menceritakan, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis susulan terdengar jirannya yang didakwa dipukul oleh suaminya sendiri.

Dah buat report tunggu polis ja mai. Berapa kali dah bini dia kena pukul. Baru ni berani nak buat report.

Menerusi video tersebut kedengaran rintihan seorang wanita yang sedang merayu dan anak-anaknya yang menangis seolah-olah meminta supaya dilepaskan. Gadis ini mendakwa kejadian seumpama ini sudah berlaku berulang kali dan dia pernah menjadi saksi melihat wanita berkenaan dipijak oleh suaminya sendiri.

Bang, sakit bang. Cerita dia, bini tak bagi lelaki masuk rumah sebab kena pukul. Lepas itu, lelaki dia p terjah pintu belakang. Rampas telefon dekat bini dan kunci semua pintu sambil pukul.

Sebelum ini, lagi teruk jadi depan mata saya sendiri. Bini dia kena pijak dengan lelaki sendiri. Anak-anak jerit jangan pukul jangan pukul.

Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung lokasi kejadian ini. Video tersebut telah meraih puluhan komen yang memuji akan keberaniannya untuk membuat laporan polis.

Video penuh:

@nurbby_Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt report?##fyp ##fyppppppppppppp? original sound – ?????????

@nurbby_Sian kak tu…dy xbrani nk bt report?##fyp##fyp? original sound – ?????????

Terima kasih sebab buat laporan

Sumber: Miss Dayah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×