berita

‘Bang Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Mahu Bersalin’

September 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebagai seorang manusia, kita dilahirkan untuk saling tolong-menolong, prihatin dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Kadang-kala, masalah yang berlaku di sekeliling kita terjadi untuk diambil pengajaran di samping membantu memudahkan urusan orang yang kurang bernasib baik tidak kira bangsa, agama mahupun negara.

Perkongsian pengguna Facebook Zuan Alias ini mungkin mampu membuka mata kita tentang pentingnya kita prihatin dengan keadaan sekeliling yang sekaligus mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Ingatkan kes lelaki curang dengan isteri

Jam 7 pagi tadi on the way nak pergi jogging, isi minyak dekat Shell Paradigm, aku tengok ada perempuan dengan lelaki Indonesia ni macam bergaduh.

Dalam hati asal ni laki dia curang ke? Dekat tempat awam perempuan tu duduk nangis-ngangis.

Tengah isi minyak, tiba-tiba perempuan tu datang dekat aku, bang tolong hantar aku ke hospital aku mahu bersalin. Laki dia tengah call bosnya tak dapat-dapat.

Dalam fikiran aku takut juga kena rompak ke nanti. Apa nak jadi, jadi la. Rasa kesian dan takut apa-apa jadi dekat perempuan and anak tu pula, nanti aku lagi rasa bersalah.

Nampak baby keluar

Dalam perjalanan aduh sakit, aduh sakit. Katanya baru 5,6 bulan tak pernah check pregnancy. Sampai je dekat HSA, turun kereta tak boleh bangun, polis bantuan bawa wheelchair tak boleh bangun, suami dia dengan aku tolong angkat pon dia tak boleh bangun.

Tiba-tiba dia selak kain aku nampak kepala baby keluar. Alhamdulillah ada nurse datang terus bersalin dekat luar dan dapat baby boy.

Sekarang lagi uruskan pembayaran, untuk warga asing sekitar RM3k dia kena bayar. Aku just bantu sikit-sikit mana yang mampu.

Lahir tak cukup bulan

Kos untuk keluarkan baby Muhammad Yussof dari hospital RM3800. Baby lahir tak cukup bulan, 5 bulan sahaja berat 2. 9kg, tapi Alhamdulillah baby sihat dan comel.

Ibu bapa tiada dokumen nikah

Kenapa mahal sebab ibu bapa tiada dokumen nikah, bapa keturunan Indonesia sudah punya kad pengenalan (IC) biru, ibu memang orang Indonesia.

Semoga baby sihat dan menjadi anak soleh.

Sumber: Facebook Zuan Alias

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×