Pelawak dan pengarah terkenal iaitu Dato’ Afdlin Shauki meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebuah kelab komedi terpaksa ditutup sementara kerana perbuatan seorang ‘pelawak’ wanita yang viral baru-baru ini.
Bangkang kelab komedi ditutup
Menerusi perkongsian di Facebook, Dato’ Afdlin Shauki membangkang sekeras-kerasnya penutupan premis tersebut. Tambahnya lagi, kelab tersebut merupakan salah satu platform yang digunakan pelawak amatur untuk mempelajari melakukan komedi solo di hadapan orang ramai.
Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara crackhouse comedy club oleh kerana perbuatan seorang open miker yang bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.
Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stendap baru mempelajari seni stendap ini. Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai.
Bukan itu sahaja, seorang pelawak solo juga perlu ‘praktis’ untuk mempersembahkan lawak solo mereka di hadapan orang ramai untuk mengetahui sama ada konten komedi mereka diterima atau tidak iaitu sama seperti yang dilakukan seorang atlet renang yang perlu berlatih sehingga dapat melakukan aksi yang terbaik.
Untuk check content kita baik ke tak bagi stendap komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam athlet yang kena praktis sampai bagus.
Takkan kita tutup swimming pool pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah swimming pool! #stendapbukakbaju
Bagaimanapun, pendapat pelawak dan pengarah berusia 51 tahun ini tidak dipersetujui orang ramai, dia sebaliknya mendapat kritikan hebat daripada netizen. Mereka berpendapat perumpamaan yang diberikan Dato’ Afdlin Shauki tidak bersesuaian kerana melibatkan isu keagamaan.
Terdahulu, tular di media sosial paparan video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu acara komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Difahamkan juga selepas insiden kontroversi itu berlaku, pihak pengurusan kelab terus membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta mengeluarkan kenyatan rasmi memaklumkan individu terbabit kini dilarang daripada kembali ke premis terbabit.
Komen netizen
Sumber: Dato’ Afdlin Shauki