berita

‘Banglo’ Sampah 2 Madu..

May 5th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew melawat sebuah keluarga di Alor Setar, Kedah yang hidup serba daif dalam rumah kotor penuh sampah. Satu lagi kes hampir serupa didedahkan seorang pengguna Facebook mengenai seorang lelaki yang tinggal bersama dua isteri dan anak-anak dalam serba kekurangan.

Tinggal dalam rumah terbengkalai 3 tingkat

KERANA CINTA ITU BUTA..

Apa lagi yang hendak kita rumuskan dari situasi ini melainkan benarlah kata orang, cinta itu buta.
Kes keluarga ini dipanjangkan kepada kita untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat sekeluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Aduan tentang keluarga yang tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat di dalam bandar ini kepada pihak berwajib dibuat oleh jiran tetangga. Kali pertama menziarahi mereka, tidak terjangkau akal memikirkan bagaimana mereka boleh hidup tiga tahun lamanya ditempat yang kotor dan sempit.

Walaupun rumah ini besar tetapi ruang utk berjalan hanya muat untuk seorang sahaja kerana dipenuhi dengan sisa bahan buangan yang mereka pungut dari tong sampah. Ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.

Dipenuhi barang lusuh

Tingkat satu penuh dengan barang lusuh. Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka. Di situlah mereka makan dan tidur. Tingkat tiga, jalan naik ke atas di halang dengan barang buangan. Maka, kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.

Isteri muda sedang hamil tujuh bulan. Dua orang kanak-kanak lagi ialah seorang orang anak isteri pertama berusia 9 tahun dan seorang anak isteri muda berusia 2 tahun.

‘Bilik tidur’ dipisahkan langsir

Ruang tidur kedua-dua isteri hanya dipisahkan oleh langsir semata. Melihat makanan yang terdedah, hati terasa hendak menangis mengenangkan bagaimanalah kanak-kanak itu makan. Bagaimana madu-madu ini boleh hidup bersama sehingga bertahun lamanya, kami sendiri tiada jawapan.

Hasil semakan rekod, isteri muda ada tunggakan hutang PTPTN. Bukan calang-calang orang rupanya dia. Pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah Politeknik. cinta telah merubah dia menjadi begini. Dia meninggalkan keindahan hidup zaman mudanya bersama rakan-rakan sekuliah setelah mencintai lelaki itu.

Dipindahkan ke rumah baru

Hari ini, JKM, JPAM, LZNK dan pemimpin masyarakat iaitu Penghulu dan Imam qariah juga turun utk melancarkan proses perpindahan mereka ke rumah baru. Rumah baru merupakan flat PPRT. yang kita bayar RM1500 kepada pemilik sebelum ini untuk melepaskan haknya ke atas flat tersebut. Nanti, permohonan baru menduduki flat ini akan dibuat atas nama isteri muda.

Diberi kaunseling bina hidup baru

Setelah menimbangkan beberapa faktor, semua pihak setuju beliau lebih layak. Kita lebih yakin dengan isteri muda yang kita rasakan mampu menguruskan rumah ini kelak. Kita membelanjakan RM2500 utk barang rumah dan RM1K untuk pemasangan lampu dan kipas serta membaiki pendawaian yang rosak.

Pihak JKM, Zakat bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anaknya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang di luar sana.

Sumber: Natipah Abu

SKIP THIS AD ×