berita

‘Bangun, Bangun, Ada Babi Datang…’

April 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Bercuti di tepi pantai merupakan tempat yang boleh menenangkan kita. Namun, perlu berjaga-jaga dengan kehidupan liar yang tinggal di sekitar pantai. Kadang-kadang tidak dijangka haiwan seperti biawak, ular atau binatang buas yang lain akan muncul ketika kita sedang berehat atau tidur di tepi pantai. 

Menggelupur larikan diri bila nampak babi

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok dimana sekumpulan lelaki sedang bercuti di sebuah pantai. Dua daripada mereka sedang lena tidur beralaskan pelepah pokok kelapa serta jaket keselamatan, tiba-tiba datang seekor babi berhampiran kawasan mereka.

Namun, kedua-dua lelaki tersebut tidak menyedari kehadiran babi itu kerana sedang tidur lena. Sewaktu kawan yang lain ingin mengejutkan rakannya,  mereka sudah siap sedia untuk merakam reaksi kawan mereka itu. Usaha mereka untuk mengejutkan kawannya berhasil apabila kedua-dua rakannya itu menggelupur bangun melarikan diri apabila terkejut melihat haiwan tersebut berada di depan mata.

‘Siapa gelak macam kambing tu’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi kedua-dua lelaki tersebut yang terkejut melihat haiwan itu ketika baru bangun tidur.

Video penuh :

@lideqifaysza

Wei bangun ! Ade BABI bodo ? #esekeli #fyp #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp #lawak #babi

? original sound – Samjidkhan

Sumber : Samjidkhan

SKIP THIS AD ×