Apabila bulan Ramadan menjelma, sudah tentunya ramai selebriti yang bukan beragama Islam akan mengambil kesempatan untuk turut meraikannya. Seperti pelakon drama Takdir Yang Tertulis iaitu Alvin Chong sama-sama bangun sahur dan ingin turut serta untuk berpuasa seperti umat Islam yang lain. Terbaiklah Alvin!
Selamat bersahur
Alvin Chong berkongsi foto dimuat naik menerusi IG Stories yang memaparkan juadah makanan sahur. Turut kelihatan kapsyen ringkas yang dikongsinya iaitu ‘Selamat bersahur’ disertakan waktu 5.24 pagi.
Jangan tinggal solat
View this post on Instagram
Sementara itu, Alvin turut berkongsi video pengalaman pertama kali bersahur dan dia juga meninggalkan pesanan buat umat Islam untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat. Selain itu, Alvin menasihati orang ramai untuk makan kurma ketika bersahur bagi mengekalkan ketahanan tubuh badan untuk berpuasa.
Siapa nak tidur tu, pergilah tidur. Tapi jangan tinggal solat.
Pesanan tu win!
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pelakon berkenaan yang turut serta untuk meraikan Ramadan dengan berpuasa bersama-sama. Mereka juga tertarik dengan pesanan terakhir dari Alvin Chong dalam video berkenaan.
Selamat berpuasa Alvin Chong dan juga seluruh umat Islam walau di mana pun anda berada. Salama Ramadan!
Sumber: Alvin Chong