Pelakon, Syazwan Razak mengakui sukar menerima hakikat bahawa ibu tercinta, Rohaya Sulaiman telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Akhirnya Bergandingan Di Layar Perak, Ada Kejutan Mirinda-hhh Merdeka Ini!

Hilang sumber kekuatan

Menerusi hantaran di Threads, Syazwan, 27, mengakui amat terasa dengan kehilangan tersebut kerana ibunya merupakan insan yang selama ini menjadi sumber kekuatan dalam hidupnya.

Ibu, hari ini bangun rasa kosong, semua perlahan. Betul lah orang kata kehilangan pertama ini sangat berat, baby (Syazwan) tahu ibu tak nak anak ibu lemah sebab ibu selalu kata anak ibu tiga hero, hero must be strong!

Tapi dalam masa sama, kunci kekuatan itu ada pada ibu, tapi sekarang ibu dah pergi ibu bawa kekuatan itu.

Tambah adik kepada pelakon Syafiq Kyle itu, dia perlu belajar membina kekuatan sendiri selepas kehilangan insan yang selama ini menjadi tempat bergantung.

Sekarang baby kena cari kekuatan itu sendiri, insya-Allah ibu, baby ada abang-abang yang bertanggungjawab sesama sendiri, kita orang masih ada satu lagi emas yang perlu kami jaga, ayah.

Pada Sabtu lalu, Syazwan menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanapun, pelakon itu tidak berkongsi punca kematian ibunya.

Sumber: Threads