Berkongsi rezeki merupakan satu amalan mulia di sisi agama.
Bagi korang yang berniat mahu membantu golongan kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan pedalaman, apa kata korang menyumbang melalui SOLS Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.
SOLS Foundation juga telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat-syarikat besar seperti Meta, Google for Education Partner, UOB Bank dan banyak lagi.
SOLS Foundation azam bantu komuniti B40 beralih menjadi kelas pertengahan (M40)!
Matlamat utama SOLS Foundation ialah membantu golongan B40 untuk keluar dari kemiskinan yang terbelenggu di kehidupan mereka dengan memberikan bantuan pendidikan kepada mereka yang memerlukan.
Inisiatif SOLS Foundation akan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan melalui kursus bahasa, kemahiran digital, pembangunan peribadi, serta sokongan pekerjaan dan keusahawanan.
Sedia pendidikan secara percuma.
Kalau korang nak tahu, SOLS Foundation mengetengahkan penyediaan pendidikan berorientasikan kemahiran untuk golongan muda bagi membekalkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh para majikan diluar sana.
Kandungan program pembangunan ini disusun dan direka secara strategik agar matlamat organisasi dapat dicapai.
SOLS Foundation percaya bahawa komuniti B40 akan dapat mencapai transformasi pendidikan dan kerjaya melalui program ini.
Sumbangan korang akan membolehkan lebih ramai daripada golongan B40 untuk menerima pendidikan berkualiti dan secara tidak langsung mendorong mereka untuk keluar daripada kitaran kemiskinan.
Bekalkan makanan & penginapan untuk pelajar Akademi Solar
Selain daripada menjalankan program pendidikan secara percuma, SOLS Foundation juga memberi latihan kemahiran, penginapan dan makanan percuma melalui Akademi Solar
Para pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran, bimbingan dan peralatan yang mencukupi untuk memulakan kerjaya dalam industri solar selepas tamat pengajian.
Bantuan kewangan korang akan pastikan para pelajar dapat makanan yang berkhasiat dan tempat penginapan yang selamat sepanjang tahun. Semua graduan Akademi Solar berkelayakan untuk menerima tawaran pekerjaan daripada SOLS Energy.
Oleh itu, sokongan korang amat diperlukan untuk mengubah nasib golongan B40!
Bantu bina semula rumah Lisa!
Mungkin kita tak kenal siapa Lisa, tapi Lisa memerlukan bantuan orang ramai untuk membina semula rumahnya yang telah dimusnahkan oleh gajah liar ketika terdapat 6 orang di dalamnya.
Lisa Binti Musa atau lebih dikenali sebagai Lisa berusia 22 tahun yang berasal dari Kampung Selwej, Pos Kemar, Gerik, Perak merupakan graduan Akademi Solar.
Dia sekarang sedang giat berkhidmat di sebuah pusat komuniti di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Kerja sukarelawan Lisa fokus kepada memberi kesedaran kepada golongan muda tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan yang lebih terjamin.
Elaun bulanan sebanyak RM500 yang diperoleh oleh Lisa hanya mencukupi untuk menanggung perbelanjaan dirinya. Manakala, pendapatan ibu & ibu saudaranya sebagai penoreh getah dan penjualan buluh digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan harian sekeluarga.
Justeru itu, dengan rendah hati Lisa meminta sokongan korang semua untuk membina semula rumahnya supaya keluarganya memiliki tempat berteduh yang selamat dan selesa.
Salurkan bantuan kewangan sekarang di https://donate.sols247.org/!
Jom tunjuk sokongan korang kepada usaha SOLS Foundation untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti B40.
Resit pengecualian cukai akan diberikan kepada sumbangan melebihi RM50.