berita

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sehingga RM2,000 Bakal Disalurkan Kepada Rakyat Malaysia

October 29th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan telah dilakukan sebentar tadi di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Sebanyak tiga matlamat utama Bajet 2022 digariskan iaitu melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.

Bantuan Keluarga Malaysia

Tak dinafikan, setiap tahun, pembentanagan belanjawan sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui apakah insentif dan bantuan yang akan diberikan kerajaan sepanjang tahun hadapan.

Dalam pembentangan Bajet 2022 yang bertema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera,’, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan akan memberikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) buat rakyat Malaysia yang terkesan. Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM8.2 bilion kepada 9.6 juta penerima bantuan BKM.

Kerajaan akan memberi bantuan RM2,000 untuk isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan. Sementara sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai sehingga dua orang anak dan RM1,000 kepada isi rumah yang tiada anak.

Ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan. Selain itu, isi rumah warga emas juga akan menerima bantuan tambahan BKM sebanyak RM300 sebulan.

Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan  adalah sebanyak RM2,500.

SKIP THIS AD ×