berita

Bantuan Kepada Usahawan dan Perniagaan: Nak Merancakkan Perniagaan? Korang tau tak apa itu SJPP?

October 23rd, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Kita boleh lihat sekarang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) banyak menghadapi dugaan walaupun ekonomi kita sudah mula pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Memetik laporan daripada Berita Harian, tinjauan mendapati 35 peratus mengakui bahawa PKS tidak dapat sebarang pembiayaan kerana kekurangan atau tiada cagaran, proses permohonan yang rumit, kadar faedah yang tinggi dan sebagainya.

Min faham sekarang nak berniaga memang tak mudah kan… Banyak cabaran dan saingan, sebab tu bila korang dah ada hasrat nak kembangkan lagi perniagaan jangan pernah ada sifat nak berhenti di tengah jalan.

Jangan risau, SJPP ada solusi untuk masalah korang 

Berbisnes ni tak semudah ABC, memang kena try and error sampai berjaya, TAPI yang jadi penghalang selalunya modal yang nak dikeluarkan.

Jangan risau, SJPP ada introduce skim yang baru saja dilancarkan pada 1 Oktober 2023 iaitu Skim Jaminan Kerajaan MADANI atau GGSM.

Untuk pengetahuan korang, GGSM ada sediakan skim jaminan kerajaan yang mengupayakan PKS dan Syarikat Bersaiz Pertengahan (MSC) untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan daripada pihak bank yang mengambil bahagian. Haa teruja tak teruja??

Untuk makluman korang, ada 4 sektor fokus di bawah GGSM ni, iaitu:

1. Teknologi Tinggi
2. Pertanian
3. Pembuatan
4. Pelancongan

Tapi korang jangan risau untuk sektor lain pun ada juga dorang sediakan asalkan jualan tahunan korang tak lebih RM500 juta setahun.

Korang boleh mula mohon sekarang sehingga 31 Disember 2024. Jangan lengah-lengahkan takut terlepas nanti.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik disini SKIM GGSM 

SKIP THIS AD ×