berita

‘Bantuan RM1600 Bagi Isi Rumah Pendapatan Bawah RM4000 Sebulan’ – Perdana Menteri

March 27th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penularan wabak Covid-19 telah memaksa kerajaan untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac sehingga 14 April 2020. Ekoran dengan itu, ramai individu dan perusaha kecil mengalami ganguan pendapatan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan komited dalam membandu individu yang terjejas akibat PKP ini menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).

Bantuan kewangan oleh kerajaan

Menerusi sidang media khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua rakyat akan diberi bantuan dan tiada siapa yang bakal tercicir. Pihak kerajaan akan meningkatkan elaun khas pegawai perubatan kepada RM600 bermula 1 April. Pegawai keselamatan seperti polis, tentera dan lain-lain bakal menerima elaun RM200 sebulan.

Kerajaan turut memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional kepada M40 kebawah. Rm1600 sebulan akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM4000 sebulan. Rm1000 akan diberikan pada bulan April manakala selebihnya pada bulan Mei.

Bagi isi keluarga yang berbendapatan lebih RM4000-RM8000 sebulan, mereka bakal menikmati bantuan sebanyak RM1000. RM500 akan diberikan pada bulan April dan Mei.

Individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas turut diberi bantuan iaitu sebanyak RM800 bagi yang berpendapatan RM2000 kebawah manakala RM500 bagi yang berpendapatan RM2000-Rm4000 sebulan.

Tidak terkecuali pelajar institut pengajian tinggi (IPT) turut bakal menerima RM200 secara one off.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×