Memiliki kulit yang cerah berseri tanpa bintik hitam merupakan impian setiap individu terutamanya golongan wanita.
Ramai yang sanggup berhabis sebab nak rawat masalah bintik hitam yang ada pada wajah.
Harga rawatan bukan murah ye… especially kalau korang buat rawatan laser. Boleh cecah ratusan ringgit untuk sekali rawatan.
Sekarang korang dah tak perlu risau lagi sebab dah ada kaedah lain yang korang boleh guna untuk bantu pudarkan dan cegah penghasilan semula bintik hitam di kulit wajah dengan Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum.
Tranexamic Acid & Alpha Arbutin hambat proses pembentukan dan pemindahan melanin!
Bagi korang yang tak tahu, Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum mengandungi Tranexamic Acid & Alpha Arbutin. Kedua-dua bahan aktif ini digunakan untuk menghalang proses pembentukan dan pemindahan melanin pada wajah.
Bukan itu sahaja, Tranexamic Acid & Alpha Arbutin juga terbukti mampu memudarkan penampakan bintik hitam dan dalam masa yang sama merawat masalah hyperpigmentation akibat daripada parut jerawat, jeragat, melasma dan bintik penuaan.
Tambahan pula, serum ini menggunakan cell-power technology, iaitu satu teknologi khusus yang membantu produk menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat sel kulit yang terjejas. Jadi masalah bintik hitam dapat dirawat di peringkat akar.
Turut diformulasi bersama Niacinamide, Bisabolol dan Edelweiss Extract!
Diformulasi bersama bahan-bahan seperti Niacinamide dan Edelweiss Extract, serum ini juga membantu melembapkan, mencerahkan dan memelihara skin barrier kulit wajah kita.
Bukan itu sahaja, dengan adanya Bisabolol, masalah kemerah-merahan pada wajah dapat diatasi kerana bahan anti radang ini, melegakan keradangan yang berlaku pada kulit.
Hasilnya kulit wajah korang akan jadi cerah, lembut dan anjal bila disentuh. Tak ada dah masalah kulit kusam dan tidak bermaya selepas penggunaan Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum.
Gunakan secara konsisten!
Namun begitu, untuk memiliki kulit wajah yang cerah, lembut, anjal dan bebas bintik-bintik hitam korang perlu konsisten dengan rutin penjagaan wajah menggunakan serum ini.
Hasil ujikaji responden terpilih menunjukkan 42.70% responden mendapat kulit yang lebih cerah*, di ikuti dengan 16.05% responden mendapat kulit yang lebih lembap**, 16.60% responden memiliki kulit yang lebih halus*** dan -6.46% responden berkurang kemerahan pada kulit wajah**** selepas menggunakan Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum.
Bagi kesan yang lebih efektif, gunakan serum ini bersama produk Wardah Crystal Secret series yang lain.
Saksikan perubahan wajah korang selepas 14 hari menggunakan Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum.
Wardah perintis produk kosmetik dan penjagaan wajah halal!
Sentiasa mahukan yang terbaik untuk pelanggan dan pengguna setia produk mereka, Wardah adalah perintis jenama kecantikan halal dari Indonesia yang mementingkan kualiti dan fungsi produk.
Bukan itu sahaja Wardah juga komited untuk menjaga alam sekitar melalui rangkaian green produk mereka.
Dapatkan produk Wardah di Watsons, Guardian dan farmasi yang berdekatan dengan korang.
Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan melalui Shopee dan Tiktok Shop.
Rujukan ujikaji:
*Berdasarkan Uji Dermatologist pada 19 Wanita dalam 28 hari
**Berdasarkan Uji Tewameter pada 19 Wanita dalam 28 hari
***Berdasarkan Uji Visioscan pada 19 Wanita dalam 28 hari
****Berdasarkan Uji Mexameter pada 19 Wanita dalam 28 hari