berita

Banyak Dengar Cerita Pasal Pilihan Raya? 5 Cara Ini Boleh Sahkan Ia Sahih Atau Sebaliknya

April 9th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Mesti korang ada dengar banyak cerita pasal Pilihan Raya dari jiran-jiran, kawan-kawan dan saudara mara kan… Cakap pasal partilah, kerajaanlah dan macam-macam lagi. Belum kira cerita yang korang dapat dari WhatsApp group, Facebook, Twitter, laman web berita dan banyak lagi sumber!

Persoalannya, korang percaya ke semua info tu betul? Pernah tak korang terfikir macam mana nak bezakan antara berita pasal Pilihan Raya yang sahih atau hanya khabar angin? Sini kitorang ajar macam mana… Ada 5 cara korang boleh kenalpasti!

1. Tengok siapa yang keluarkan cerita tu, boleh percaya ke?

Bila korang dah nampak berita pasal Pilihan Raya tu kat mana-mana, tengok siapa yang keluarkan atau publish cerita tu. Pengeluar berita perlu bertanggungjawab untuk tak menyebelahi mana-mana pihak dan melaporkan berita berdasarkan fakta atau maklumat daripada sumber yang dipercayai.

Bagi pengeluar berita, menggunakan tajuk artikel yang sensasi untuk menarik perhatian pembaca dibolehkan tapi ia MESTI berkaitan dengan cerita. Korang kena teliti okay?

Penting untuk korang tahu kredibiliti penerbitnya. Siapa pengasasnya? Apa pertalian hubungan politik diorang? Semak artikel yang lama-lama dan baca laporan diorang berkaitan isu tempatan…

2. Semak sumber asal berita, mana dapat story tu

Bila korang baca berita pasal Pilihan Raya, tengok sama ada diorang ada republish mana-mana story atau ia asli. Kalau ia daripada mana-mana sumber, tengok dari mana sumber tu. Kalau ia tak disertakan apa-apa bukti, korang kena berjaga-jagalah sebab ia mungkin berita palsu atau diorang saja reka cerita!

Boleh jadi, penulis petik kata-kata dari sumber yang kurang dipercayai atau menggabungkan sumber tak sahih untuk dijadikan cerita bagi kepentingan sesetengah pihak. Jangan syok sendiri dan terus percaya bulat-bulat semua berita mengenai Pilihan Raya yang korang baca!

3. Rajinkan diri untuk banyak membaca berita dari pelbagai sumber

Bila nampak je berita pasal Pilihan Raya, rajin-rajinkan semak sama ada ia sahih atau tak dengan meneliti dari pelbagai sumber. Biasanya, berita Pilihan Raya yang sahih akan mendapat liputan lebih dari satu sumber. Mesti punya!

Kalau korang ada nampak laporan yang tak konsisten antara sumber, tunggu lebih banyak berita di internet dan Google apa saja yang korang tak pasti kebenarannya. Membaca dari pelbagai sumber dan menyelidik secara mendalam akan memberikan gambaran lebih jelas dan luas tentang sesuatu perkara…

Ingat! Lebih banyak berita tu mendapat liputan di platform yang dipercayai, lagi bagus!

4. Baca komen netizen

Guys, ni zaman media sosial. Hampir semua berita yang dipublish akan dimuatnaik dalam akaun laman media sosial diorang. Kalau post diorang tu dapat banyak share dan like, tengok ruangan komen pulak kalau ada netizen yang kurang senang dengan story tu!

Baca elok-elok dan teliti satu persatu komen sama ada pembaca sekadar tak bersetuju dengan berita itu atau memang ada yang tak kena! Tapi, kalau diorang komen “berita palsu” je tak bermakna ia betul-betul palsu… Mungkin reaksi atau pendapat dari netizen je kot!

5. Kualiti storyflow berita, tatabahasa dan lain-lain pun penting. Kena teliti!

Jangan tak tau, penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang lemah adalah tanda-tanda untuk mengenalpasti bahawa berita yang korang baca tu palsu! Publisher yang bereputasi tinggi mempunyai kemahiran menyunting, standard tatabahasa yang hebat dan sentiasa memastikan fakta yang diorang tulis tepat.

Jangan lupa, semak tarikh berita itu diterbitkan. Berita tanpa tarikh mungkin digunakan untuk mengalih perhatian pembaca sedangkan memang terbukti ia takda kaitan langsung dengan berita terkini. Jadi, hati-hati ya!

Semua berita dah sahih, apa lagi jom la turun mengundi!

Dah tau macam mana nak sahkan berita yang korang dengar pasal Pilihan Raya kan? Sekarang, tiba masanya untuk korang turun mengundi! Masa nilah korang kena jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia… Ajak pakcik, makcik, kawan, jiran, keluarga korang semua mengundi sama-sama. Jangan sebar khabar angin je!

Jangan lupa mengundi!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×