Sejak belakangan ini, nama pengacara terkenal, Noor Neelofa semakin mencuri tumpuan netizen gara-gara kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan olehnya secara berulang kali.
Susulan daripada itu juga, namanya kembali trending di Twitter. Rata-rata netizen menyifatkan Neelofa sudah tidak layak untuk dijadikan idola kerana menunjukkan contoh yang kurang baik kepada masyarakat.
Dia tak layak
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat tindakan Neelofa yang didakwa langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat. Malah, mereka berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman yang setimpal dan lebih berat kepada usahawan tersebut seandainya kesalahan yang sama masih berulang kembali.
Netizen juga mendakwa tindakan dan tingkah laku Neelofa ini mampu mendatangkan kesan yang buruk di samping membawa pengaruh yang tidak baik terhadap generasi sekarang.
Kena kompaun
Terdahulu, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20 ribu kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April lalu. Di samping itu, dia didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Bukan itu sahaja, suaminya iaitu PU Riz turut dikenakan kompaun sebanyak RM 10,000 di atas kesalahan yang sama. Manakala, ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500 seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah itu berlangsung.
Terbaru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap Neelofa serta keluarganya. Ini kerana, Neelofa dan keluarga didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sumber: Twitter