berita

Banyak Makan Sayur & Buah, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 46kg Secara Sihat

May 30th, 2020 | by Shafika
Kesihatan & Hidup Aktif

Setiap orang pasti mengimpikan berat badan ideal, lebih-lebih bagi mereka yang mengalami masalah lebihan berat badan. Walaupun bukan mudah untuk menurunkan berat badan tetapi ianya bukan juga sesuatu mustahil. Di kelab Diet Suku Suku Separuh, seorang gadis berjaya buktikan mampu turunkan berat sebanyak 46KG. Apa yang penting tanpa ubat-ubatan dan hanya dengan permakanan yang sihat. Memang salute!

Berat asal 124kg, kini 78kg!

Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan. Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu.

Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya. Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku² separuh.

Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sangat)
Berat sekarang :78kg

Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm

Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih. Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)

Contoh permakanan diamalkan

Kalau dirumah :

Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)

Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu ? tapi skrg boleh guna airfryer)

Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt

** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat?)

Kalau di hostel:

Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat

Tengahari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)

Petang merangkap malam: roti+sayur+protein+buah+yogurt

**air yang cukup
**susu yang saya ambil : omega/ susu skim

Ni rutin normal saya. Sebelum pkp dan puasa.

Elakkan carbo, lebihkan buah dan sayur

Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku-suku separuh. Sebelum saya try diet saya detox badan. Minum air detox (lemon + limau nipis + halia + serai). Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.

Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat-sangat nak kecut. Ya saya ada exercise. Awal2 dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dengan joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya byk aktiviti fizikal macam brgerak ke kelas. Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai sesuatu. InshaaAllah nk taknak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain. Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya.

Sumber : Ku Nur Zawani

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×