berita

Banyak Rupanya Baka Kucing, Nasib Baik Royal Canin Perkenalkan Diet Khusus Untuk Si Comel Ni!

June 1st, 2019 | by Mastura
Shout Out!

Bila orang nak bela kucing, korang pon sibuk nak bela kucing. Tapi korang tau tak sebenarnya kucing ni mempunyai diet khusus mengikut jenis baka.

Sebab tu sebelum merancang nak bela kucing korang kena buat research dulu tentang diet yang betul. Diet ni penting bagi memastikan anak bulus korang sihat dan bulunya cantik je bila dibelai. Ni kami nak share sikit tentang diet 4 jenis baka kucing yang banyak dibela di Malaysia. 

Kesihatan adalah unik bagi setiap baka…

Setiap baka kucing ada corak pemakan yang berbeza tau. Tak semua kucing boleh makan ikan rebus gaul dengan nasi sebagai diet seharian.

Jika kucing korang diberikan diet yang salah, mereka boleh berikan reaksi seperti bulu luruh, cirit-birit atau menolak makanan yang diberikan.

Korang sebagai penjaga kucing harus peka dengan kondisi kucing korang setiap masa okay, jangan pernah ambil mudah tentang diet kucing korang kerana diet yang betul dapat menjamin kesihatan anak bulus korang.

Di Malaysia terdapat 4 baka utama yang menjadi pilihan pencinta kucing iaitu Maine Coon, British Short Hair, Persian dan juga Bengal. Royal Canin sebagai pengeluar makanan kucing terkemuka ada 4 jenis diet khas untuk baka utama ni, kerana Royal Canin tahu betapa pentingnya diet yang betul kepada haiwan peliharaan kerana kesihatan mereka sangat unik.

Maine Coon

Ciri baka Maine Coon:

  • Mempunyai bulu yang panjang
  • Rangka badan besar berbanding kucing biasa
  • Telinga sedikit tirus

Diet yang diperlukan:

  • Memerlukan diet yang dapat membantu menguatkan sendi dan menampung struktur rangka yang tinggi
  • Diet yang boleh mengekalkan kesihatan jantung seperti Taurine (kontraksi), L Carnitine (penggunaan tenaga) dan EPA-DHA
  • Lemak dan protein yang berkualiti (methionine dan cysteine) untuk menjaga bulu Mainecoon panjang dan lebat termasuklah Omega 3 dan acid lemak Omega 6 (EPA-DHA,GLA)

Royal Canin memperkenalkan diet lengkap seperti diperlukan oleh baka Maine Coon. Diet ini hadir dalam bentuk kibble yang bersaiz kiub, diperkaya dengan taurine dan lemak acid omega 3. Diet ini bukan saja dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan bulu Maine Coon yang panjang malah membantu jantungnya.

British Short hair

Ciri baka British Short Hair:

  • Muka yang bulat mempunyai pipi yang agak gempal
  • Bulu yang tebal, pendek dan juga mempunyai bulu lapisan bawah yang tebal
  • Badan yang lebar dan berotot

Diet yang diperlukan:

  • Diet yang membantu mengekalkan kesihatan jantung seperti Taurine (kontraksi), L Carnitine (mengaktifkan metabolisme penggunaan tenaga untu mengelakkan obesiti) dan EPA-DHA
  • Perlu protein yang secukupnya bagi mengekalkan otot untuk membantu ketangkasan (Glucosamine & chondroitin sulfate)

Diet bagi baka Bristih Short Hair(BSH) Royal Canin lengkap dengan khasiat yang diperlukan diperkaya dengan L-carnitine dan taurine yang sangat diperlukan untuk kesihatan jantung haiwan peliharaan selain membantu mencegah obesiti. Diet bagi baka BSH ini mempunyai 2 bentuk yang berbeza bagi kucing dewasa(berbentuk curved) manakala untuk kitten (moon-shaped) bagi memudahkan kucing peliharaan menghadam makanan.

Diet ni turut diperkaya dengan amino acid dan acid lemak untuk membantu bulu kucing baka British Short Hair kekal cantik.

Parsi @ Persian

Ciri baka Parsi:

  • Muka yang leper atau flat
  • Mempunyai bulu yang panjang yang cenderung menjadi gumpalan bulu
  • Telinga pendek dan sedikit melebar

Diet yang diperlukan:

  • Memerlukan diet yang boleh mengekalkan sistem kesihatan saluran kencing parsi yang sensitif
  • Lebih Omega 3 dan Acid Lemak Omega 6 untuk mengekalkan bulu yang panjang dan sihat
  • Perlukan protein yang senang dihadam kerana sistem penghadamannya juga sensitif

Diet baka Parsi Royal Canin, mempunyai kibble yang direka berbentuk oval bagi kucing dewasa dan bentuk empat segi bagi anak kucing. Ini memudahkan kucing Parsi mengunyah kerana baka ini mempunyai rahang Brachycephalic (lebar dan bulat).

Diet bagi baka jenis ni mengandungi Omega 3 dan Omega 6 Fatty Acid yang terbukti keberkesananannya untuk memelihara bulu supaya lebih sihat dan mengelakkan daripada terjadinya gumpalan bulu (hairballs).

Bengal

Ciri baka Bengal:

  • Sangat aktif
  • Mempunyai corak rosette seperti Asian Leopard Cat
  • Otot yang kuat serta tangkas

Diet yang diperlukan:

  • Memerlukan protein yang tinggi kerana sangat aktif dan bagi mengekalkan ketangkasan ototnya seperti methionine & cysteine
  • Omega 3 dan acid lemak omega 6 (GLA, ALA, LA) membantu memelihara bulu Bengal
  • Diet untuk sistem penghadaman yang sensitif

Diet Bengal Royal Canin lengkap dengan keperluan baka inikibble khas berbentuk Y bagi bagi membantu kucing baka Bengal untuk mengunyah makanan. Kibble ni juga tinggi dengan protein selain diperkaya dengan acid lemak bagi membantu bulu kucing terurus. So, memang sangat sesuai untuk baka bengal yang aktif.

Jom join contest dengan Royal Canin, boleh menang stok makanan sebulan untuk anak bulus korang!

Haa.. Dah tau khasiat yang diperlukan oleh kucing korang? Jangan lupa berikan kucing korang diet yang terbaik, barulah kucing korang dapat khasiat yang lengkap dan membesar dengan gebu dan comel.

Ada lagi satu berita baik untuk korang, Royal Canin nak berikan stok makan sebulan untuk si manja korang tau! Nak tau macam mana, korang boleh join contest ni, pergi je ke contest page Royal Canin ni, kat situ diorang akan terangkan macam mana korang boleh menang.

Kalau nak tau tentang tips dan khasiat makanan terbaik untuk kucing korang mengikut baka korang boleh terus ke laman rasmi Royal Canin Malaysia. Kat sini mereka terangkan dengan lengkap kenapa Royal Canin merupakan diet terbaik untuk kucing.

Nak berikan anak bulus korang yang terbaik? Jangan lupa berikan Royal Canin kerana Royal Canin Health is Unique to Every Breed.

The following two tabs change content below.