Penyanyi Elyana di laman Instagram memuat naik sebuah video dan mendedahkan dia menerima banyak tudung yang pernah dihadiahkan oleh Allahyarhamah Siti Sarah. Difahamkan, Siti Sarah menghadiahkan tudung tersebut selepas Elyana mengambil keputusan untuk berhijab sejak pertengahan bulan Jun lalu.
Artikel berkaitan: ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Daddy, Betul Ke Ni? Siapa Dalam Kubur Tu?’
Semoga bermanfaat untuk awak dan saya
Elyana sebelum ini juga pernah berkongsi paparan perbualannya bersama Siti Sarah yang mahu meminjam semangatnya untuk terus kuat melawan Covid-19 ini. Elyana sempat meminta Siti Sarah untuk terus menjaga diri, banyakkan zikir dan percaya dengan segala rencana Allah SWT.
Assalamualaikum, hari ini saya pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah. Banyak juga tudung awak bagi saya. Semoga bermanfaat untuk awak dan juga saya. I love you Sarah.
Awak tinggalkan memori yang indah
View this post on Instagram
Dalam video ini kelihatan Elyana memakai tudung pemberian Siti Sarah yang berwarna merah. Elyana turut berkongsi dan mengimbau kembali kenangan sepanjang persahabatan mereka pada awal menceburi bidang nyanyian hingga ke alam berumah tangga.
Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri. Dari remaja, sampailah dah berumah tangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar. Saya jual kuih, awak beli, sangat supportive. Dah la cute, pandai nyanyi, baik pula tu!
Hari ni, saya pakai salah satu tudung yang awak bagi. Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah, sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung-tudung yang awak bagi hari-hari. I love you Sarah. Semoga awak ditempatkan ditempat yang terbaik di sisi Allah SWT.
Sumber: Elyana