berita

‘Banyak Wang Deposit Terpaksa Dipulangkan’ – Rossa Alami Kerugian Hampir RM300k Gara-Gara Positif Covid-19

June 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi popular Indonesia, Rossa memberitahu bahawa dia pernah menanggung kerugian 1 bilion rupiah (RM288, 234) apabila terpaksa menjalani kuarantin kendiri semasa dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Menurut laporan Suara.com, Rossa dijangkiti Covid-19 ketika menjalani ujian calitan sebelum mengadakan persembahan di Surabaya, Jawa Timur.

Terpaksa tolak tawaran

Menurut Rossa, dia menjalani proses kuarantin selama dua minggu dan berdepan kerugian hampir RM300,000 kerana terpaksa menolak banyak tawaran persembahan.

Jadual persembahan sehingga kini hanya satu per tiga daripada kebiasaan sebelum pandemik bermula.Ketika saya dijangkiti Covid-19, banyak wang deposit yang terpaksa dipulangkan dan menyebabkan kerugian yang besar.

Tambah Rossa, dia akan mengadakan ujian Covid-19 pada setiap minggu berikutan tuntutan kerjayanya terutama sebagai juri di program realiti, Indonesia Idol. Rossa turut berkongsi mengenai gejala yang dialami olehnya selepas disahkan positif Covid-19. Pelantun suara ‘Pudar’ ini memberitahu dia mengalami keletihan dan tidak sedap badan sepanjang masa. Selain Rossa, selebriti terkenal Indonesia iaitu Ivan Gunawan turut disahkan positif.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×