Bapa kepada Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, pada petang Khamis.

Bapa Along Spoon meninggal dunia

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian Shafiee atau lebih dikenali sebagai Pak Engku disahkan sendiri oleh anak saudara Allahyarham yang juga sepupu Along iaitu Romy Hirman.

Difahamkan, Pak Engku yang menetap di PPR Sri Alam, Sungai Besi, mengalami masalah kesihatan termasuk kencing manis, penyakit buah pinggang dan jantung.

Arwah memang sering keluar masuk hospital akibat penyakitnya. Dia kembali dimasukkan ke hospital, baru-baru ini sehinggalah menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang semalam.

Jenazah akan dibawa ke surau PPR Seri Alam hari ini untuk dimandi dan dikafankan serta ditempatkan seketika untuk sanak-saudara dan kenalan berikan penghormatan terakhir.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk urusan pengebumian pagi ini. Mulanya kami bercadang nak kebumikan malam tadi tapi tak sempat kerana perlu lalui pelbagai proses.

Ujar Romy, dia menjalinkan hubungan rapat dengan Allahyarham memandangkan mereka tinggal berdekatan malah dia pernah terlibat dengan kumpulan Spoon sebagai penulis lirik untuk beberapa lagu.

Untuk info, Pak Engku meninggalkan lima orang anak, termasuk Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie serta empat lagi anak yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan.

Sumber: Berita Harian