berita

Bapa Cadang Beri Nafkah RM6 Sehari Kepada Anak, Ini Respon Peguam

October 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika pasangan telah pun bercerai, bapa adalah individu yang berkewajipan dalam memberi nafkah terhadap anak-anaknya selagi anak belum berkahwin bagi anak perempuan.

Menerusi satu posting daripada seorang peguam, Suriati Ab Ghani yang menceritakan seorang bapa mencadangkan untuk memberi nafkah sebanyak RM6 sehari kepada anaknya. Perkongsian ini kemudian viral di Twitter dan mendapat perhatian netizen.

Nafkah RM6 sehari

 

 

Menurut peguam ini, lelaki tersebut bercadang untuk memberi nafkah makanan untuk sarapan, makan tengahari dah makan malam sebanyak RM6 sehari. Kemudian nafkah keperluan lain sebanyak RM180 sebulan. Keseluruhan nafkah yang diberi bapa tersebut adalah berjumlah RM300.

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan bapa tersebut dan menganggap wang sebanyak RM300 itu tidak mencukupi jika dilihat pada keadaan ekonomi pada masa kini.

Pendapat netizen

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen serta pendapat mereka mengenai tindakan bapa tersebut yang memberikan jumlah nafkah yang sedikit kepada anaknya.

Namun, ada juga yang menganggap tindakan itu wajar kerana berkemungkinan si bapa tersebut tidak mampu dari segi kewangan.

Penjelasan peguam

Macam-macam komen yang saya baca berikutan post semalam. Ini ulasan dan penjelasan mengikuti pandangan saya yang biasa handle kes nafkah anak di Mahkamah.

Ada yang komen. Jelas cadangan tersebut mengikut kemampuan bapa, itu sahaja yang bapa mampu bagi. Ya, itu hanya menurut dakwaan dia sahaja bahawa dia tak mampu.

Kebanyakan kes di mahkamah syariah biasanya memang bapa tidak akan mengaku dia mampu, jarang sekali mengaku mampu, maka tugas ibu perlu buktikan kemampuan bapa, cari dokumen dan saksi.

Siapa yang ada anak mesti faham

sekadar gambar hiasan

Ada yang komen RM2 sekali makan logik utk budak sekolah rendah. Siapa yang ada anak mesti tahu dan faham berapa jumlah yang cukup untuk keperluan makanan anak seharian. Sarapan mungkin cukup untuk zaman sekarang, air sahaja dah RM1, nuget 3 ketul RM1, anak-anak juga perlukan makanan yang berkhasiat untuk bertenaga seharian di sekolah, tak kira lagi tu yang sekolah pagi dan petang, malam dah lapar balik.

Jika bapa boleh tambah tanggungan baru, maka wajarlah bapa juga berusaha untuk menambah pendapatan. Sedar tanggungjawab bertambah, dalam kes tersebut, bapa telah berkahwin baru, tak salah nak kawin baru pun. Tapi kena sedar tanggungan telah bertambah, tanggungan lama jangan dipotong.

Tak wajar keperluan anak dipotong

Tak wajar keperluan anak dipotong, yang perlu dipotong adalah tanggungan bapa yang tidak perlu. Rokok tetap juga hisap, kereta nak juga pakai kereta besar

Ibu tidak akan bersusah payah menuntut nafkah anak di mahkamah jika bapa jalankan tanggungjawab beri nafkah dan tidak cuai, wujudnya kes nafkah anak di mahkamah adalah disebabkan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Suriati Ab Ghani, Azra Rahman

 

 

SKIP THIS AD ×