berita

Bapa Dipukul Sampai Mati Gara-Gara Bergaduh Di Group Whatsapp Sekolah Anak

November 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Rusia, seorang bapa ditemui maut selepas dipukul oleh bapa saudara rakan sekelas anak perempuannya. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak memukul sehingga tengkorak kepala mangsa hancur.

Group Whatsapp sekolah

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, insiden ngeri itu berlaku selepas perbalahan antara mangsa dan seorang wanita di dalam Group Whatsapp sekolah anak-anak. Difahamkan, Group Whatsapp yang memiliki seramai 40 orang ahli dalam kalangan ibu bapa itu merupakan medium komunikasi untuk membincangkan hal kerja sekolah para pelajar. Tetapi lain pula yang jadinya apabila tercetusnya perbalahan antara ibu bapa.

Menerusi laporan Tekdeeps, para pelajar telah diberi ujian dan diminta untuk menghantar keputusan dalam tempoh beberapa jam kemudian. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mula berbincang sama ada anak mereka mempunyai masa untuk menjawab ujian tersebut ataupun tidak.

Pertengkaran berlaku

Roman Grebenyuk dipukul hingga maut

Seorang bapa, Roman Grebenyuk kemudian telah menawarkan diri untuk menghubungi guru dan menyetujui pertukaran tersebut. Tetapi secara tiba-tiba seorang ibu yang dikenali dengan nama Anna telah bersikap kasar dan memulakan pertengkaran dengan Roman. Bukan sahaja Anna, malah suami Anna iaitu Arsen turut masuk campur dalam perbalahan tersebut dan menghantar mesej suara kepada Roman untuk mengajaknya berjumpa.

Difahamkan, perbalahan antara mereka turut disaksikan oleh 40 ibu bapa pelajar lain dan guru kelas. Kesemua mereka kemudian bertindak keluar daripada Group Whatsapp berkenaan. Namun, pada suatu hari ketika Roman menghadiri mesyuarat bersama rakannya di sebuah bank, dia secara tiba-tiba telah diserang oleh Arsen dan adik lelaki Anna iaitu Melkonyan.

Diserang dan dipukul

Melkanyon mengaku bersalah

Roman kemudian dipukul berkali-kali pada bahagian kepala hingga mengalami kecederaan parah dan terbaring di lantai. Kebetulan pada masa itu terdapat seorang doktor yang cuba memberi bantuan pernafasan kepada Roman tetapi sayang tengkorak kepalanya mengalami kecederaan yang serius.

Susulan daripada insiden itu, Roman telah dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Namun selepas dibedah, Roman berada dalam keadaan koma sebelum disahkan meninggal dunia. Suspek iaitu Melkonyan walau bagaimanapun mengakui perbuatannya itu dan akan didakwa dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun (sekiranya bersalah) kerana mengakibatkan kematian.

Sumber: Mirror UK, Tekdeeps

SKIP THIS AD ×